Connect with us

Kisah

Abang Rider Foodpanda Rasa Terkilan Kerana Pelanggan Cancel Beratus Pesanan, Dia Nekad Sedekah Kepada Orang Yang Memerlukan

Avatar of majalahilmu

Published

on

Abang Rider Foodpanda Rasa Terkilan Kerana Pelanggan Cancel Beratus Pesanan Dia Nekad Sedekah Kepada Orang Yang Memerlukan 1

Abang Rider Foodpanda Rasa Terkilan Kerana Pelanggan Cancel Beratus Pesanan, Dia Nekad Sedekah Kepada Orang Yang Memerlukan

Antara amalan yang mulia di sisi Allah adalah bersedekah. Apabila kita bersedekah rezeki kita akan lebih bertambah dengan amalan baik yang kita buat itu. Bersedekah ini adalah merupakan suatu amalan yang sangat mulia. Terutamanya jika kita bersedekah dengan niat seikhlas hati, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita sebab setiap kelakuan baik kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Pada sebelum ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang telah membatalkan ‘order’ makanan yang berharga ratusan ringgit melalui seorang abang ‘rider’ Foodpanda.

Abang ‘Rider’ Foodpanda itu yang dikenali sebagai Anas Mansor tersebut meluahkan rasa terkilannya apabila pelanggannya telah memberikan alamat yang salah, seterusnya sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah terik cahaya matahari.

WhatsApp Image 2021 07 04 at 10.42.50 PM

Video: https://www.tiktok.com/@anasmansor99/video/6925068680321600770

Tetapi, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya.

Rider Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.

Video: https://www.tiktok.com/@anasmansor99/video/6925795143777897730

Dengan sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka.

Daripada ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

WhatsApp Image 2021 07 04 at 10.42.50 PM 1

WhatsApp Image 2021 07 04 at 10.42.50 PM 2

WhatsApp Image 2021 07 04 at 10.42.50 PM 3

WhatsApp Image 2021 07 04 at 10.42.51 PM

Dari tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki

Screenshot 2021 02 06 at 9.05.07 PM 2

Rasa gembira dan bahagia bila sedekah kepada orang lain

Screenshot 2021 02 06 at 9.05.18 PM 2

Rasa terharu, semoga dipermudahkan urusan

Screenshot 2021 02 06 at 9.05.32 PM 2

Rasa sedih, semoga sabar

Screenshot 2021 02 06 at 9.05.51 PM 2

Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki!

Majalah ilmu: Semoga dengan sikap pemurah beliau mendapat balasan yang baik daripada Allah. Harap dapar bersabar dengan ujian yang menimpa. Semua ujian itu pasti ada hikmahnya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @anasmansor99 / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU