AGAMA
Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul, Sujud Sahwi Adalah penutup kepada sebarang kesalahan ketika melakukan ibadat solat

Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul, Sujud Sahwi Adalah penutup kepada sebarang kesalahan ketika melakukan ibadat solat
Solat wajib dilakukan oleh setiap umat Islam walaupun dalam apa juga keadaan. Namun, untuk kusyuk dalam solat bukanlah satu perkara yang mudah melainkan kita fokus dalam segala tertib dan bacaan yang dalam solat.
Tetapi apabila terdapat banyak benda yang bermain di fikiran, akan jadi susah untuk kusyuk dalam solat. Sampai solat pun jadi tunggang-langgang. Kadang-kadang baru masuk rakaat kedua, fikiran pun mula mengelamun sampai terlupa apa yang dibaca.
Sekiranya situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu dilakukan adalah membuat sujud Sahwi. Kalau nak tahu sujud Sahwi ini dilakukan di penghujung solat untuk menjadi penutup kepada kesalahan dalam ibadat solat.
Baru-baru ini seorang pemuda telah membuat satu perkongsian di laman Instagram berkenaan cara melakukan sujud Sahwi
Melalui video yang dimuat naik Furqan Fawwaz, dia menunjukkan cara membuat sujud Sahwi dengan melakonkan semula situasi solat Subuh sekiranya terlepas membaca doa Qunut.
Furqan telah menunjukkan cara dan bacaan yang harus dibaca di dalam sujud tersebut.
klik disini untuk video instagram
Menerusi video itu, sujud Sahwi perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyat akhir. Malah sujud hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturutan. Kemudian, duduk semula dalam posisi tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, sujud Sahwi bukanlah hanya dilakukan sekiranya terlepas membaca doa Qunut ketika waktu solat Subuh tetapi juga dalam situasi lain misalnya jika seseorang itu terlepas melakukan tahiyat awal ataupun berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.
Meskipun begitu, memetik informasi daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya masih terlupa untuk membuat sujud Sahwi kerana hukumnya adalah sunat
Bahkan tidak melakukan sujud Sahwi tidaklah membatalkan solat. Ini kerana, sujud Sahwi hukumnya adalah sunat dan seseorang itu dilihat hanya meninggalkan perkara sunat. Namun, adalah lebih baik jika solat dilakukan seperti yang dituntut dalam syarak.
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah