Kisah
Pelajar 16 tahun gigih menjual keropok di sebuah pusat bandar demi menyara keluarga
Pelajar 16 tahun gigih menjual keropok di sebuah pusat bandar demi menyara keluarga
Seorang pelajar lelaki yang masih bersekolah gigih menjual keropok di sebuah pusat bandar demi menyara keluarga. Ketika ditemui oleh Ustaz Sahar, remaja ini berjalan mengelilingi bandar sambil menjaja keropoknya kepada orang awam yang lalu lalang.
Manfaatkan Penggiliran Persekolahan
Rupa-rupanya, remaja tersebut baru berumur 16 tahun dan masih bersekolah. Ditanya tentang jualannya, remaja ini menjelaskan bahawa dia sendiri yang mengambil keputusan untuk menjual keropok sebagai sumber pendapatan untuk menanggung biaya persekolahan selain membantu ekonomi keluarganya.
“Aku sendiri yang jual bang untuk cari belanja sekolah dan bantu keluargaku bang..sebab sekarang ikut jadual penggiliran bang, bukan hari-hari turun sekolah..” katanya.
Kagum dengan semangat dan usaha remaja berumur 16 tahun ini. Dilakukan apa sahaja agar tidak menyusahkan ibu bapa malah mahu menyenangkan mereka.
Berikut perkongsian kisah yang diterbitkan pada Februari baru-baru ini di Facebook sumber ;
Rezeki berjumpa adik ni, umurnya baru 16 tahun, masih bersekolah tapi banyak masa dihabiskannya untuk berdikari sendiri mencari wang buat belanja sekolah dan membantu keluarga.
“..jualkah dik? kamu yang jualkah atau kamu yang tolong yang jualkan..”
“..aku sendiri yang jual bang untuk cari belanja sekolah dan bantu keluargaku bang..sebab sekarang ikut jadual penggiliran bang, bukan hari-hari turun sekolah..”
“..ouh gitu, masih banyak lagikah?”
“..masih ada dalam beg..”
“..oklah abg beli semua ya.. tolong abg bagi-bagi (agih) dengan orang-orang di sini supaya cepat habis ya..”
Tak sampai 10 minit jualannya habis secara percuma.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Besar nanti kalau dia jadi usahawan yang berjaya, jangan lupa motivasi adik sekarang menjual sebab apa ya, untuk bantu keluarga. Semoga adik ni terus kuat dengan usahanya, kita doakan sama² ya..
Terima kasih semua yang terus membantu misi² kecil kita.
Semoga remaja ini menjadi insan hebat, berjaya pada masa akan datang. Para pembaca yang berada di kawasan Sandakan, Sabah bolehlah menyokong pelajar ini dengan membeli jualannya.
Yang hendak membantu tetapi berada jauh dari kawasan itu, boleh hubungi Facebook Vitaminbae di link ini : Vitaminbae Official.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sahar atas keprihatinannya memborong semua keropok jualan remaja pada hari tersebut.
Sumber : [Realmerah]
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah