Connect with us

Kisah

Berwajah seperti manusia tapi berekor, mumia kuno satu makhluk yang menyerupai ikan duyung yang ditemui sekitar abad ke-18 bakal dibongkar saintis

Published

on

sfbewd

Berwajah seperti manusia tapi berekor, mumia kuno satu makhluk yang menyerupai ikan duyung yang ditemui sekitar abad ke-18 bakal dibongkar saintis

Satu makhluk dengan wajah yang kelihatan seperti manusia namun mempunyai ekor, telah membingungkan pakar selama berabad lamanya. Mumia kuno makhluk yang menyerupai ikan duyung yang ditemui sekitar abad ke-18, akan dianalisa oleh saintis.

Ia didakwa ditangkap di Lautan Pasifik, di luar pulau Shikoku, Jepun, antara tahun 1736 dan 1741. Kini ia berada di sebuah kuil di bandar Asakuchi.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah mengambil mumia tersebut untuk menjalankan ‘CT scan’ dalam usaha untuk membongkar misterinya.

Hiroshi Kinoshita dari Persatuan Cerita Rakyat Okayama (Okayama Folklore Society) berkata mumia tersebut mempunyai signifikan dari sudut agama.

“Ikan duyung Jepun mempunyai legenda keabadian.

“Dikatakan bahawa jika anda makan daging ikan duyung, anda tidak akan mati. Terdapat legenda di banyak tempat di Jepun bahawa seorang wanita secara tidak sengaja memakan daging ikan duyung dan hidup selama 800 tahun,” katanya.

Tidak jelas bagaimana atau bila mumia tersebut berada di kuil Enjuin di Asakuchi.

Tetapi ketua paderi, Kozen Kuida, berkata ia telah dipamerkan dalam bekas kaca kira-kira 40 tahun lalu dan kini disimpan dalam peti besi kalis api.

Para saintis akan mendedahkan penemuan mereka selepas selesai menganalisa mumia kuno tersebut.

Sumber; Metro.co.uk

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.