Kisah
“Saya Sedang Dikepung dan Tidak Akan Berhenti Melawan Sehingga Syahid!” Pejuang Palestin Syahid Di Usia Sangat Muda, Ibu Iringi Jenazah Dengan Senyuman Bahagia

“Saya Sedang Dikepung dan Tidak Akan Berhenti Melawan Sehingga Syahid!” Pejuang Palestin Syahid Di Usia Sangat Muda, Ibu Iringi Jenazah Dengan Senyuman Bahagia
Orang yang mati kerana syahid kerana menjalankan tugas kebaikan kerana Allah, sesungguhnya mereka akan hidup secara istimewa di sisi Allah dengan limpahan rezeki. Ayat ini mengingatkan kita kepada seorang pemuda yang menjadi kebanggaan seluruh Palestin sebagai salah seorang pejuang Palestin syahid dalam mempertahankan tanah air.
Ada apa dengan Ibrahim al-Nablusi, pejuang Palestin syahid?
Sebut sahaja tentang Palestin pastinya semua orang khususnya umat Islam tahu apa yang berlaku kepada negara tersebut. Peperangan demi peperangan membawa banyak kematian tidak kira usia sama ada kanak-kanak, orang tua, atau remaja. Palestin mendapat perhatian lagi bila mana nama Ibrahim al-Nablusi dilaungkan beramai-ramai dengan penuh rasa bangga. Singa Nablus gelaran yang diberikan kepadanya adalah pejuang Palestin syahid mempertahankan tanah air.
Ibrahim, 19 tahun merupakan Komander Briged Syahid Al-Aqsa, sayap ketenteraan kumpulan Fattah di Tebing Barat yang sangat digeruni oleh rejim zionis Israel. Menurut Nadir Al-Nuri, pengasas Cinta Gaza Malaysia berkata Ibrahim sangat digeruni oleh rejim zionis sehinggakan namanya sudah disenarai hitam oleh pihak berkuasa.
Sehinggalah akhirnya dia terperangkap di sebuah bangunan di kota lama yang dikepung rejim zionis pada jam 5 pagi waktu Palestin. Dalam kejadian itu, menyaksikan pertempuran tembak-menembak selama beberapa jam antara kedua-dua belah pihak.
Dalam kejadian itu, dikatakan 60 orang telah tercedera manakala empat daripada mereka masih dalam keadaan kritikal. Ibrahim, 19 tahun dan dua orang lagi iaitu Islam Sabbouh, 32 tahun serta Hussein Jamal Taha, 16 tahun telah gugur di medan perang.
“Dia telah lama dicari tetapi hanya muncul semula selepas kelihatan di majlis jenazah rakan karibnya yang juga syahid. Operasi membunuh Ibrahim telah dirancang dan beliau berjaya dijejaki dan dibunuh,” kata Nadir aktivis pro-Palestin dari Malaysia.
Ibu usung Singa Nablus buat kali terakhir
Ibrahim yang syahid dalam kepungan itu telah diusung jenazahnya oleh beratus-ratus penduduk Nablus, sebuah bandar di Tebing Barat. Pasti ramai orang akan hairan, dari mana timbulnya kekuatan pemuda ini sehingga sanggup meletakkan seluruh kehidupannya di atas jalan perjuangan sehingga nyawa terkorban.
Individu yang menjadi penguat kepada singa Nablus ini adalah ibunya sendiri. Masakan tidak, ketika semua orang sibuk mengusung jenazah anaknya itu, ibunya juga tidak terkecuali untuk hadir dan turut serta. Ajaibnya, wajahnya tidak ada riak sedih atau duka dengan linangan air mata. Namun sebaliknya, wajahnya penuh ceria dengan senyuman mekar penuh bangga.
Wanita Palestin ini sangat bangga dengan pengakhiran anknya yang syahid ketika bertempur dengan tentera rejim zionis laknatullah demi mempertahankan diri dan tanah air tercinta.
“Ibrahim adalah kebanggaan saya. Ibrahim telah syahid tetapi pemuda Palestin adalah Ibrahim. Akan datang 100 lagi Ibrahim, malah seribu Ibrahim,” laung wanita separuh abad itu.
Menunggu pengantin syurga!
Pernah disuakan pertanyaan, “bila Ibrahim mahu mendirikan rumah tangga?” Jawapan yang diberikan tidak seperti rata-rata remaja di usianya. Ibrahim berkata, “tidak pengantinku di syurga.”
Ringkas tetapi penuh dengan maksud yang dalam. Ibrahim yakin akan kebahagiaan hidup di sisi Allah dan segala rezeki kenikmatan yang akan diperolehinya. Walaupun hidup dalam penuh kesengsaraan di dunia, janji Allah itu pasti bagi mereka yang teguh berada di jalan Islam. Itulah yang dilakukan oleh Ibrahim dan rakan-rakannya.
“Pertahankan tanah air kita. Saya sedang dikepung dan tidak akan berhenti melawan sehingga syahid. Saya sayang ibu saya. Jangan letakkan senjata kalian, ” itu kata-kata terakhir yang sempat diucapkan oleh Ibrahim Al-Nabulsi.
Jiwa mereka yang sudah merasakan manisnya kenikmatan syurga, mereka tidak akan gentar, atau takut dengan mana-mana musuh Islam. Jiwa mereka yang telah yakin dengan keimanan dan sandaran hanya kepada Allah, mereka tidak akan berpatah balik ke belakang untuk berundur. Walau jasadnya sudah bercerai dari roh, walau kekuatannya sudah hilang dimamah tanah, tetapi semangat dan perjuangannya akan terus mekar membakar obor kebangkitan buat semua syabab di Palestin.
Sumber: Nadir Al-Nuri
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.