Kisah
Wanta Ini Luah Rasa Kesal Anak Hidap Cerebral Palsy Diminta Duduk Asing Ketika Di Hospital, Sampai Bila Masyarakat Percayakan Taboo “Anak Terkenan”?
Wanta Ini Luah Rasa Kesal Anak Hidap Cerebral Palsy Diminta Duduk Asing Ketika Di Hospital, Sampai Bila Masyarakat Percayakan Taboo “Anak Terkenan”?
Ramai yang menginginkan anak, tetapi tidak ramai yang diberikan rezeki untuk dianugerahkannya oleh Allah SWT. Bagaimana pun keadaan anak itu lahir di dunia ini, sememangnya anak tetap permata yang sangat berharga kepada ibu bapa. Namun perbezaan fizikal seorang anak kadang kala sukar diterima oleh masyarakat sekeliling khususnya mereka yang mempunyai sikap “paranoid” yang tinggi kepada taboo dan pantang larang yang justeru tidak memberikan faedah. Ikuti kisah anak hidap cerebral palsy ini dari sudut pandang seorang ibu.
“Takut terkenan pada baby kami,” anak hidap cerebral palsy diminta duduk asing
Berkongsi seorang wanita di Facebook baru-baru ini, yang dikenali sebagai Norzalinda Hamzah ada menulis mengenai kesedaran sesetengah masyarakat yang masih mempunyai kepercayaan tinggi kepada taboo atau pantang larang. Dia yang mempunyai anak hidap cerebral palsy, Alisha yang berumur 13 tahun tetap tidak ketinggalan mendapat tempiasnya.
Sebagai seorang ibu, dia benar-benar terkesan dan kesal apabila anaknya didiskriminasi oleh seorang individu di sebuah pusat perubatan awam. Dia yang kebetulan membawa anak perempuannya itu ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut tiba-tiba disuruh untuk menjauh dari kawasan tersebut oleh seorang lelaki lingkungan awal 30-an.
“Awak, boleh tak awak jauhkan anak awak dari kawasan ini. Ni semua ibu-ibu mengandung, awak bawa anak macam ni ke sini, awak tahu tak boleh terkenan pada anak-anak kami,” terkelu lidah Norzalinda apabila mendengar permintaan lelaki itu.
Namun, dia tetap membalas permintaan lelaki itu dengan sopan.
“Jangan risau, awak tak akan dapat anak macam ni sebab awak tak hebat macam saya. Orang hebat je boleh dapat anak macam ni. Awak? Lembik,” balasnya dengan penuh yakin.
Akhirnya lelaki itu yang berpindah tempat kerana rasa malu. Sejujurnya, ibu mana yang tidak terkesan dengan pandangan serong masyarakat yang berperangai sedemikian rupa pada zaman yang moden sekarang.
Tiada istillah cerebral palsy beri kesan kepada orang lain
Umumnya, cerebral palsy adalah satu keadaan yang berlaku akibat dari kerosakan otak yang terjadi di dalam kandungan semasa lahir atau selepas kelahiran. Kesan daripada itu, kebolehnya untuk mengawal pergerakan otot yang terjejas akan menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan, dan mengimbangkan diri.
Golongan kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut. Penyakit ini tidak berjangkit seperti sesetengah taboo yang masyarakat percaya. Bahkan, ia tidak bersifat progresif (semakin memburuk).
Kajian mendapati bahawa 1 hingga 2 daripada 1,000 bayi sahaja yang berpotensi untuk menghidap cerebral palsy. Ini bermakna kewujudannya ada tetapi tidak banyak dalam masyarakat.
Masyarakat yang perlu ubah mentaliti, jaga sensitiviti dalam pergaulan
Amat sukar untuk kita mengubah mentaliti sesebuah masyarakat yang sudah lama berada dalam takuk itu dengan kefahaman mereka. Oleh yang demikian, lebih mudah untuk kita ubah mentaliti bermula dari diri sendiri.
Sekiranya “circle sosial” kita dipenuhi oleh orang-orang yang negatif, maka pengaruh negatif itu akan kekal mempengaruhi fikiran kita. Begitulah pentingnya untuk kita bertindak mendapatkan suasana sekeliling yang positif kerana ia memberi kesan yang baik juga.
“Allahuakbar sedih masih ada lagi manusia tipikal macam ni.”
“Puan ibu yang hebat!”
“Both of them is not fit to be a parent!”
Mentaliti perlu diubah apatah lagi ia berkenaan dengan soal hubungan dengan persekitaran dan perspektif sendiri terhadap kehidupan orang lain. Menjadikan taboo atau pantang larang sebagai alasan untuk menebalkan mentaliti buruk kepada orang bukanlah satu tindakan yang betul.
Pesanan orang lama sekadar nasihat berguna, hanya sahaja masyarakat moden hari ini yang mencerna pantang larang itu sebagai sesuatu yang “mengerikan” atau memberi bebanan kepada diri sendiri.
Sumber: Facebook Norzalinda Hamzah
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah