Connect with us

AGAMA

Panduan awal buat kita dan keluarga jika ada berlaku kema tian di rumah

Avatar of majalahilmu

Published

on

Panduan awal buat kita dan keluarga jika ada berlaku kema tian di rumah

Panduan awal buat kita dan keluarga jika ada berlaku kema tian di rumah

Bila, di mana dan bagaimana cara kematyan kita adalah rahsia Allah SWT. Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematyan ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematyan.

Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematyan terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri.

Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.

Persediaan sebelum :

 Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.

Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.

Menjadi ahli khariat kematyan samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jen-azah dari awal seperti urusan memandikan, mengka fankan sehinggalah selamat dikebu mikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.

Persediaan selepas berlaku kematyan :

1. Jangan cemas. Bertenang hadapi kematyan.

2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jen-azah.

3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematyan.

4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata ar wah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka. Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata ar wah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata ar wah jika masih terbuka.

5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.

7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.

8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.

9. Letakkan jen-azah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.

10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematyan berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

11. Dapatkan pengesahan kematyan dari doktor klinik/hospital.

12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengke bumian/surat maty untuk urusan pengkebu mian jen-azah.

14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali ku bur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.

INFO EKSTRA

Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si maty mening galkan harta. Pertama adalah membersihkan harta peninggalan si maty dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si maty.

Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atas si maty.

Perkara tersebut ialah :

Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebu mian jen-azah.

Contohnya membeli kain kafan, menggali ku bur, sewa kereta jen-azah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.

Menyelesaikan hutang si maty sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia.

Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si maty.

Melaksanakan wasiat si maty.

Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta

Tuntutan harta sepencarian.

Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si maty atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.

Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.

Sumber : Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam via myinfomaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU