Amalan Romantis Seisi keluarga

Amalan Romantis Seisi keluarga

Boleh mulakan amalan taklim hari ini. Inilah amalan yang romantik bagi suami isteri dan keluarga .Amalan yang dihidupkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Untuk permulaan, 10-15 minit pun boleh juga insyallah. Atau satu hari satu, dua hadis pun sudah memadai. Nanti dah biasa, tambah lagi dan lagi insyallah.

Kalau suami atau isteri tak nak dengar, takpa kita baca bersama anak2.  Anak2 tak nak dengar juga, kita baca seorang diri. Malaikat akan dengar kita baca.  Allah SWT akan dengar kita baca. Lepas tu doalah, minta pada Allah SWT …

Antara kitab yang sesuai boleh digunakan untuk amalan taklim ini adalah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith.  Boleh dapatkan di kedai buku dan banyak dijual di Sri Petaling insyallah,

Berkat nur Al Quran dan Hadis itu nanti akan memberi kesan positif kepada keluarga kita insyallah. Insyallah saya beri jaminan untuk tuan/puan semua. Namun satu syarat, tuan/puan kena usaha istiqamah amalan ini selama 40 hari. Insyallah dengan istiqamah ini nanti tuan/puan akan nampak kesannya.

Jangan sampai 40 hari jer terus berhenti pula, kena teruskanlah sampai akhir hayat kita. Insyallah pesan pada anak-anak agar amalan ini berterusan dan diwarisi sehinggalah generasi keluarga kita yang akan datang insyallah. Inilah harta kita dunia akhirat.

Insyallah, semoga Allah SWT beri kekuatan untuk kita amal dan sampaikan. Terima kasih Ust Ebit Lew atas pendedahan usaha yang sangat mulia ini. Semoga Allah SWT terima ust dan seluruh umat. Insyallah.

Wallahua’lam,

Kredit : Farith Zul

Share dan tagged ayahibu suami isteri dan anak2 dan sahabat kita untuk sama2 kkita amalkan insyallah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*