SEMASA
Cara Langgan Pakej Rahmah Allo – Pakej Internet Hanya RM69/bulan!

Cara Langgan Pakej Rahmah Allo – Pakej Internet Hanya RM69/bulan!
Pakej Rahmah Allo, RM69/bulan ~ Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah melancarkan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo baru-baru ini.
Pakej internet ini diperkenalkan dengan harga mampu milik agar semua rakyat Malaysia mampu memiliki akses internet terbaik.
Jom baca lebih lanjut mengenai pakej ini di bawah.
Pakej Rahmah Allo
Pakej Rahmah Allo dulu dikenali sebagai Pakej Perpaduan Allo. Perubahan in berlaku setelah penjenamaan semula dilakukan selaras dengan keputusan jemaah menteri.
Semua inisiatif pakej internet yang telah diumumkan Kementerian Komunikasi Digital sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Perpaduan turut dijenamakan semula sebagai Pakej Rahmah.
Penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.
Dengan harga mampu milik, Pakej Rahmah Allo mensasarkan rakyat Malaysia terutamanya golongan sasar yang memerlukan. Inisiatif ini diwujudkan dengan kerjasama Allo Technology Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penawaran pakej ini amat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang dipupuk Kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu mendapat kesejahteraan dari aspek sosial dan ekonomi serta merapatkan jurang digital.
Golongan Sasaran
Golongan sasaran untuk Pakej Rahmah Allo ini adalah;
B40, belia, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, golongan veteran tentera, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA).
BACA JUGA: Kredit eTunai RM100 Untuk B40 & M40: Semak Syarat Kelayakan Disini!
Pakej Ditawarkan
Pakej Rahmah Allo ditawarkan pada harga RM69 sebulan untuk kelajuan internet 100Mbps tanpa had data menjadikannya pelan jalur lebat tetap dengan harga terendah di Malaysia, iaitu RM30 lebih rendah berbanding yang lain.
Akses Rangkaian Liputan
Akses rangkaian liputan Pakej Rahmah Allo setakat ini meliputi beberapa buah negeri seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya dan dijangka akan diperluas lagi pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk merasai pakej internet mampu milik ini.
Cara Melanggan Pakej Rahmah Allo
Untuk melanggan, sila layari laman sesawang berikut: www.citybroadband.my atau hubungi talian perkhidmatan Allo di talian berikut: 1300-38-8000. Anda juga boleh terus ‘walk-in’ ke Kedai Tenaga berdekatan.
Pengguna boleh melanggan pakej ini bermula 28 Julai 2023. Tawaran dibuka sepanjang masa dan pakej langganan adalah tertakluk kepada kontrak 24 bulan.
NOTA:
Pelanggan disaran membuat semakan kawasan liputan Allo terlebih dahulu dan membuat carian menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal. Sila layari laman sesawang berikut untuk buat semakan:
https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/
Info Lanjut & Pertanyaan
Sila hantarkan emel anda ke: customerservice@allo.my atau hubungi talian berikut: 1300-38-8000 untuk sebarang pertanyaan atau mengetahui maklumat lanjut.
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
SEMASA
“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”

“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”
Seorang guru wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom, Pontian pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya.
Namun siapa sangka, perjalanan yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan seorang ibu dan anak bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat keluarganya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan turut disita.
Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam masa sama, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak trafik IPD Pontian.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sedih ramai netizen yang membayangkan betapa beratnya kehilangan tersebut buat anak-anak dan keluarga mangsa.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Jamaliah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang keluar rumah hanya untuk melakukan rutin harian biasa.
Namun tanpa diduga, itu menjadi perjalanan terakhir dalam hidup mereka.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














