SEMASA
Jualan Rahmah Shopee 8/8: Cara Tebus Baucar Yang Ditawarkan

Jualan Rahmah Shopee 8/8
Bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia, kerajaan tampil dengan inisiatif Jualan Rahmah. Terdapat pelbagai jenis jualan rahmah yang diadakan sama ada di pasaraya, jualan secara bergerak termasuklah melalui platform Shopee.
Jom baca info lebih lanjut berkaitan jualan rahmah Shopee 8/8 dan cara menebus pelbagai jenis baucar yang ditawarkan.
BACA JUGA: Cara Langgan Pakej Rahmah Allo – Pakej Internet Hanya RM69/bulan!
Pengenalan Jualan Rahmah
Jualan rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup untuk membantu rakyat Malaysia.
Program ini menawarkan penjimatan harga barangan harian 10% sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat. Ia dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket.
Tujuan utama program Jualan Rahmah ini adalah bagi merancakkan ekonomi sektor peruncitan di samping membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Kempen Jualan Rahmah Shopee 8/8
Kenaikan harga barang yang mendadak ekoran kemerosotan ekonomi semenjak beberapa bulan ini amat membebankan semua.
Dari makanan hinggalah barangan keperluan harian, anda perlu berbelanja lebih setiap hari untuk menampung kehidupan anda sekeluarga berbanding setahun dua yang lalu.
Untuk membantu meringankan beban rakyat, kerajaan Malaysia telah melaksanakan program Payung Rahmah yang termasuk inisiatif Jualan Rahmah di mana barangan keperluan ditawarkan pada harga yang mesra poket.
Sehubungan itu, Shopee juga mengadakan kempen Jualan Rahmah yang dapat mengurangkan perbelanjaan anda apabila anda membeli barang-barang keperluan secara dalam talian. Nak jimat lebih banyak? Belilah di Shopee dan nikmati tawaran-tawaran dan jualan murah setiap hari.
Jualan Rahmah di Shopee melibatkan pasaraya MYDIN, Lotus’s dan beberapa kedai lain lagi.
Bagaimanakah Anda Dapat Berjimat Apabila Membeli Di Shopee?
Kempen Jualan Rahmah Shopee menawarkan harga terendah dijamin di pasaran bagi pelbagai barangan keperluan harian. Anda boleh mendapatkan barangan seperti barang keperluan bayi, barang keperluan sekolah, serta barang runcit secara online dengan harga yang rendah.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh berjimat apabila anda membeli barangan elektronik, produk kecantikan dan fesyen, produk kesihatan dan kecantikan, bahan makanan, mainan, dan banyak lagi.
Rujuk langkah-langkah di bawah:
- Tuntut baucar dan tambah Tawaran Jualan Rahmah ke troli.
- Pilih Baucar Kedai dan Baucar Shopee semasa di halaman tambah ke troli untuk penjimatan lebih banyak.
NOTA:
- Tebus baucar penghantaran percuma di sini – https://shopee.com.my/m/free-shipping-deals
- Tebus baucar eksklusif Jualan Rahmah di sini- https://shopee.com.my/m/jualan-rahmah#anchorId-1677758263113
Kategori Kedai Menawarkan Jualan Rahmah
- Barang di pasaraya MYDIN
- Barang di pasaraya LOTUS’S
- Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan
- Kesihatan & Penjagaan Peribadi
- Barang Keperluan Bayi
- Pelbagai lagi!
Bagaimana Mencari Produk Dengan Harga Terendah Dijamin?
- Pastikan terdapat tag eksklusif “Harga Terendah Dijamin”.
- Cari item dan gunakan saringan “Harga Terendah Dijamin”.
Maklumat Lanjut
Jualan Rahmah Shopee dapat mengalakkan penjimatan besar atas pembelian barangan keperluan asas untuk anda sekeluarga. Anda boleh layari pautan berikut untuk sebarang maklumat lanjut: https://shopee.com.my/m/jualan-rahmah#anchorId-1677758263113
Selamat berbelanja dengan penjimatan berganda!
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
SEMASA
“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”

“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”
Seorang guru wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom, Pontian pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya.
Namun siapa sangka, perjalanan yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan seorang ibu dan anak bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat keluarganya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan turut disita.
Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam masa sama, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak trafik IPD Pontian.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sedih ramai netizen yang membayangkan betapa beratnya kehilangan tersebut buat anak-anak dan keluarga mangsa.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Jamaliah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang keluar rumah hanya untuk melakukan rutin harian biasa.
Namun tanpa diduga, itu menjadi perjalanan terakhir dalam hidup mereka.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
















