Connect with us

Keluarga

Neelofa akui dirinya kini berada dalam fasa akhir kehamilan dan bakal melahirkan cahaya mata, “Saya Mengharap Doa Orang Ramai Agar Memudahkan Urusan Bersalin”

Published

on

hfqoigjo

Neelofa akui dirinya kini berada dalam fasa akhir kehamilan dan bakal melahirkan cahaya mata, “Saya Mengharap Doa Orang Ramai Agar Memudahkan Urusan Bersalin”

Neelofa, akhirnya selebriti dan juga usahawan wanita berjaya, akui kini dia berada dalam fasa akhir kehamilan. Malah isteri kepada PU Riz ini juga memberitahu dirinya sudah membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.

245305337 629178764756932 8152415651020982625 n

Neelofa Kini Fasa Akhir Kehamilan

Seperti mana yang dilaporkan BH Online, Neelofa akui dirinya kini berada dalam fasa akhir kehamilan dan bakal melahirkan cahaya mata.

“Ya, saya sudah sampai ke fasa akhir. Saya pun tidak tahu bila akan melahirkan anak pertama, mungkin awal atau terlewat.

“Jadi, apa yang boleh dikongsi saya berada pada fasa akhir. Saya mengharap doa orang ramai agar memudahkan urusan saya bersalin,” ungkapnya yang lebih selesa menyembunyikan usia sebenar kandungannya.

260186815 237722611792274 3621930104309294180 n

Tidak Boleh Berselindung Lagi

Malah Neelofa juga menerangkan dia kini lebih terbuka berkongsi tentang kehamilan kerana kandungan tidak boleh disorok lagi.

“Saya mahu lari daripada kebiasaan. Ini disebabkan ramai suka mengumumkan kehamilan.

“Sebenarnya tak perlu buat sedemikian, sebab digalakkan menghebahkan kelahiran berbanding kehamilan.

“Sebagai ‘public figure’, perut sudah nampak, jadi saya tidak boleh berselindung lagi. Rata-ratanya sudah tahu, saya tak boleh buat apa-apa, sudah masanya saya lebih terbuka.

“Jujurnya, banyak perkara yang mahu dikongsi. Apa persediaan saya sebagai bakal ibu yang bakal melahirkan anak pertama, tetapi saya akan berkongsi lebih terperinci pada masa sesuai,” ujarnya lagi.

258395332 425736322327808 619657285187166999 n

Masih Bekerja, Seimbangkan Penjagaan Diri & Kandungan

Figura yang tidak putus menghulurkan bantuan buat mangsa banjir terjejas ini juga menerangkan dirinya kini masih bekerja namun dia seimbangkan penjagaan diri dan kandungan.

“Ada hari saya bekerja, ada masanya perlu menghadiri rawatan, fisioterapi, urutan dan sebagainya.

“Semuanya seimbang, tidaklah terlalu sibuk dan relaks.

“Kalau penat, saya rehat. Saya mendengar apa yang badan saya katakan,” ungkapnya.

Sumber : BH Online

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.