Keluarga
Minum Air Berais Lepas Makan Makanan Berlemak Boleh Ke? Doktor Ini Ada Penjelasannya
Minum Air Berais Lepas Makan Makanan Berlemak Boleh Ke? Doktor Ini Ada Penjelasannya
Ramai orang kata pantang larang berbunyi jangan minum air sejuk atau air ais selepas makan manakanan berlemak kerana lemak akan jadi beku dalam badan sehingga menyumbat laluan darah. Betul ke?
Ternyata perkara ini hanyalah mitos selepas ianya dijawab oleh Doktor Abd Ghani Hussain yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di mana beliau menyangkal dakwaan berkenaan.
Menurut beliau sistem badan manusia merupakan ‘rekaan’ yang hebat di mana mempunyai satu sistem yang hebat bagi mengawal suhu dalam badan walau dalam keadaan apa sekali cuaca. Jom kita baca.
Berkenaan memakan lemak dan minum air sejuk. Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita.
Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan “homeostasis” dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita.
Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 – 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan. Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.
Keduanya, lemak diserap masuk ke dalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah.
Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was
-Dr Abd Ghani Hussain
Sumber : semuanyajdt
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.