Kisah
Meskipun Mempunyai Masalah Pendengaran, Namun OKU Pendengaran Berjaya Dalam Pelajaran PHD Ijazah Doktor Falsafah.
Meskipun Mempunyai Masalah Pendengaran, Namun OKU Pendengaran Berjaya Dalam Pelajaran PHD Ijazah Doktor Falsafah.
Meskipun mempunyai masalah pendengaran, anak kelahiran Kuala Lumpur dengan masalah pendengaran separa normal itu kini bertugas sebagai doktor veterinar di sebuah klinik di Shah Alam dan merupakan antara penerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UPM ke-45 di sini hari ini.
“Disebabkan kekurangan saya, saya lebih suka berkomunikasi dengan haiwan berbanding manusia. Sebab kalau manusia perlukan percakapan manakala haiwan memadai dengan menyaksikan tingkah laku mereka. Saya selesa dengan haiwan,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.
Dr Abdul Aziz, 25, berkata beliau didiagnos mempunyai masalah pendengaran agak lewat iaitu ketika darjah satu iaitu menggunakan alat bantuan pendengaran pada usia tujuh tahun.
Beliau berkata arwah ibunya merupakan individu yang paling banyak menyokong cita-citanya untuk menjadi doktor veterinar, ketika terdapat orang sekeliling yang mempertikaikan impiannya selain bidang veterinar masih belum dikenali ramai ketika itu.
“Kini tugas saya di klinik meliputi pemandulan dan pembedahan tisu lembut haiwan. Cita-cita saya pula adalah menjadi pakar bedah veterinar,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada majikannya yang sudi mengambilnya untuk bekerja biarpun tahu mengenai kekurangannya.
Dr Abdul Aziz turut menitipkan nasihat kepada golongan orang kurang upaya (OKU) agar tidak melihat kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup kerana semua orang berhak dan layak untuk memajukan diri masing-masing dengan usaha berterusan dan sokongan positif.
Graduan OKU berkerusi roda iaitu Hussain Said, 27, pula berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Bahasa Melayu setelah sebelum ini menamatkan pengajian dalam kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM, hasil dorongan padu ibu bapanya yang mahu beliau belajar ke peringkat lebih tinggi.
Ditanya sebab memilih bidang pengajian bersandarkan Bahasa Melayu, Hussain yang bekerja sebagai juruwang di Tanjung Karang, Selangor, berkata beliau mahu mengubah mentaliti masyarakat dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
“Kita lihat ada banyak penggunaaan bahasa rojak, macam mana kita nak betulkan mentaliti masyarakat khususnya generasi muda untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Itulah yang menyebabkan saya tertarik dengan bidang ini,” katanya.
Istiadat konvokesyen UPM yang bermula hari ini sehingga 24 Mac melibatkan seramai 6,142 graduan merangkumi 484 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (1,611), Bacelor (3,564) dan Diploma (483).
Sumber:SiakapKeli
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah