Connect with us

KESIHATAN

Cara Mudah Mengatasi Strok Haba Bagi Kanak-kanak

Avatar of majalahilmu

Published

on

Mengatasi Strok Haba

 Cara-Cara Mengatasi Strok Haba Bagi Kanak-kanak

Strok haba disebabkan apabila terdedah di bawah cuaca yang panas melampau yang menyebabkan kelesuan haba (heat exhaustion) atau lebih serius, strok haba (heat stroke). Strok haba menyifatkan suatu keadaan yang serius ekoran kepada pendedahan kepada fenomena persekitaran yang terlalu panas sehingga mempengaruhi sistem dalaman badan yang tidak mampu memgimbangkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan suhu badan makin meningkat melebihi 40˚C (darjah celsius) atau lebih.

Mengatasi Strok Haba

Strok haba ini boleh terjadi secara cepat atau diklasifikasikan dengan tahap. Strok haba ini kerap berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa oleh kerana mereka lebih mudah dan lebih terdedah kepada fenomena panas melampau bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk sekeliling. Di Malaysia sahaja terdapat 5 kes strok haba dilaporkan dan satu kes strok haba yang menyebabkan kematian itu adalah dikalangan kanak-kanak. Oleh itu, jangan ambil ringan jika anak-anak mengadu sakit kepala selepas pulang bermain di luar.

Cara Mengatasi Strok Haba Di Kalangan Kanak-kanak

Penting bagi orang ramai mengetahui langkah mengatasi untuk menangkal terjadinya strok haba terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Mengatasi Strok Haba

Ikuti langkah ini untuk Mengatasi Strok Haba semasa cuaca panas melampau:

  • Kekal hidrasi

Memberi anak-anak anda cukup hidrat dan minum banyak cecair seperti air kosong, 8 gelas cawan air atau 2.5 liter sehari supaya badan mereka boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan yang normal dan stabil.

  • Memakai pakaian yang lebih longgar, ringan dan warna terang untuk Mengatasi Strok Haba.

Dengan memakai pakaian lebih longgar, ringan dan berwarna terang dapat menolong badan anak-anak anda lebih sejuk dengan maksima ketika cuaca panas melampau bagi mengelakkan kejadian strok haba dikalangan kanak-kanak.

  • Menggunakan pelindung matahari untuk Mengatasi Strok Haba.

Memberikan anak-anak anda memakai topi atau menggunakan payung untuk melindungi daripada pancaran haba langsung ke badan. Pancaran matahari boleh mengurangkan keupayaan badan anak-anak anda untuk menyejuk dengan baik dan menyebabkan kondisi suhu badan meningkat lebih tinggi dengan pantas.

  • Mengurangkan aktiviti fizikal di bawah cuaca panas.

Rancang waktu aktiviti anak-anak anda pada waktu pagi antara jam 7 hingga 11 atau petang jam 4 dan kebawah bagi mengelakkan kejadian strok haba berlaku. Lebih baik untuk mengelakkan aktiviti pada waktu tinggi cuaca panas namun jika tidak dapat dielakkan oleh sebab-sebab tertentu, ingatkan anak-anak anda atau penjaga untuk sentiasa memberikan minuman air yang cukup bagi badan anak-anak anda terus hidrasi.

  • Tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan.

Sebagai ibu bapa mahupun penjaga dinasihati tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan kejadian strok haba berlaku di musim panas ini. Seeloknya bawalah anak-anak bersama anda jika mahu membeli barang atau tinggalkan mereka dirumah lebih baik bersama penjaga yang lain. Tidak selamat menunggu di dalam kereta apabila diletakkan di bawah pancar matahari dalam cuaca yang panas kerana ia mampu meningkatkan suhu di dalam kereta lebih daripada 11˚C dalam masa 10 minit.

Mengatasi Strok Haba

Jika berlakunya strok haba di kalangan kanak-kanak di depan mata anda, rawatan ini dapat membantu jika di tempat kejadian:

Rawatan mengatasi semasa kejadian strok haba di kalangan kanak-kanak:

  1. Alihkan mangsa dari pancaran cahaya matahari yang tinggi ke kawasan yang berbumbung atau mempunyai kipas atau penghawa dingin agar tidak panas.
  2. Lapkan mangsa dengan kain lembap atau menjirus air sejuk ke badan mangsa bagi mengurangkan suhu badan panas yang tinggi.
  3. Berikan mangsa udara yang cukup dan tujukan kipas secara langsung atau kipaskan mangsa menggunakan kertas yang mampu mengeluarkan angin udara seperti kertas akhbar.
  4. Jika mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar kepada mereka agar badan tidak hilang hidratnya untuk sistem dalaman.
  5. Terus dapatkan bantuan perubatan di hospital atau hubungi talian kecemasan 999.

Baca lagi : Bagaimana Cara Beza Demam Selesema dan Influenza? Kenal Pasti Simptom Bahayanya

Ibu bapa dan penjaga wajib diingatkan agar terus memantau perkembangan anak-anak anda selepas pulang kerumah tambahan lagi di musim perayaan dalam cuaca yang panas dan haba yang tinggi. Jika terdapat simptom-simptom seperti sakit kepala, kelesuan dan lemah terhadap kanak-kanak, sila ambil tindakan segera agar strok haba di kalangan kanak-kanak dapat ditangani.

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.