KESIHATAN
Bagaimana Cara Beza Demam Selesema dan Influenza? Kenal Pasti Simptom Bahayanya

Bagaimana Cara Beza Demam Selesema dan Influenza? Kenal Pasti Simptom Bahayanya
Nampak macam keadaan semakin reda dengan penularan virus Covid-19 tetapi kenyatannya setiap hari masih ada angka kematian disebabkan oleh penyakit ini. Belum habis bergelut dengan suasana Covid-19, hari ini ramai pula yang dijangkiti oleh influenza. Oleh kerana simptomnya seakan-akan sama ia mengelirukan kita dalam membezakannya. Artikel kesihatan pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang cara beza demam selesama dan influenza.
Demam selsema biasa dan influenza disebabkan oleh virus
Untuk pengetahuan anda, virus adalah agen jangkitan paling kecil. Ia hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron. Virus ini juga hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan, bakteria dan manusia.
Jangkitan virus biasanya menjangkiti manusia melalui beberapa faktor seperti:
- Saluran pernafasan: virus influenza, virus measles
- Mulut atau saluran usus: virus herpes simplex
- Luka pada kulit: HIV, virus hepatitis C
- Gigitan serangga terjangkit: virus denggi oleh nyamuk
- Gigitan haiwan terjangkit: virus rabies oleh anjing
- Boleh juga tersebar dari hubungan seks dan daripada ibu yang mengandung kepada bayi yang dikandungnya
Namun, bagi virus influenza sendiri ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D. Daripada kajian mendapati bahawa ada 160 subjenis yang boleh menjejaskan manusia sehingga menyebabkan jangkitan berulang kali.
Menurut laporan lagi, penularan virus influenza kerap berlaku antara November atau Disember sehingga Februari atau Mac. Tambahan lagi, ia sangat agresif, mudah merebak dan menyebabkan mangsa jangkitan lebih sengsara.
Manakala bagi demam selesam biasa, virus utamanya yang membiak adalah rhinovirus yang terdiri daripada jenis A, B, dan C sahaja.
Beza demam selesema dan influenza?
Untuk mendapat pengesahan yang lebih lengkap sudah tentu kita perlu melakukan ujian makmal yang khusus bagi membolehkan keputusan diterima lebih tepat. Namun mereka yang demam sepanjang hari sudah tentu mempunyai rasa ingin tahu dengan segera keadaan sebenar demam mereka. Ini beza demam selesema dan influenza.
Demam selesama biasa
- Demam selesema biasa kebiasaannya ringan dan datang secara beransur.
- Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
- Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
- Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
- Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
- Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu.
- Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu.
Demam disebabkan oleh influenza
- Demam yang datang secara mengejut.
- Demam yang bertambah teruk dari hari ke hari.
- Mudah rasa mual, muntah dan cirit-birit.
- Demam suhu tinggi sehingga menggigil.
- Risiko komplikasi yang teruk dengan penyakit-penyakit kronik tertentu.
Sekiranya berlaku tanda-tanda seperti di bawah, pastikan dapatkan rawatan di hospital dengan segera:
- Sesak nafas
- Bibir dan kulit bertukar biru
- Ruam
- Penat yang terlampau sehingga tidak boleh bangun
Golongan yang berisiko tinggi mendapat influenza
Walaupun virus influenza boleh menyerang kepada sesiapa sahaja tidak kira usia tetapi ada golongan yang dikhususkan untuk terdedah dan berisiko tinggi mendapat kesan yang teruk dari jangkitan tersebut. Antaranya seperti:
- Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
- Wanita hamil
- Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
- Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
- Individu obes
- Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dan sebagainya
Mungkin bukan demam biasa atau influenza, tetapi denggi
Simptom seperti demam, letih, dan sakit sendi ini boleh juga disebabkan oleh demam denggi dari pembawaan nyamuk aedes. Hal ini kerana, ianya tidak mustahil memandangkan kes demam denggi sangat tinggi di Malaysia khususnya di kawasan “hot spot” yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa pun, amalkan kebersihan diri sentiasa dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. Jika mahu batuk di tempat awam, pastikan tutup mulut dan hidung sama ada menggunakan pelitup muka atau tisu. Jarakkan diri anda dari orang lain sekurang-kurangnya 1 meter, dan cara yang lebih baik elakkan dari berada di kawasan yang sesak dan ramai orang jika kita bergejala.
Sumber: Hello Doktor, myhealth.gov
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.