KESIHATAN
Kafein Penyebab Kegagalan Jantung Bukan Mitos! Ambillah Berpada-Pada Pesanan Untuk Peminat Kopi Tegar
Kafein Penyebab Kegagalan Jantung Bukan Mitos! Ambillah Berpada-Pada Pesanan Untuk Peminat Kopi Tegar
Jika zaman dulu dikatakan mereka yang minum kopi O hitam ini hanyalah orang-orang tua yang gemar “mengopi” di warung sambil membaca surat khabar dan berbual. Tetapi hari ini generasi muda amat gemar menjadikan minuman tinggi kafein ini sebagai minuman harian. Di tambah, terlalu banyak jenama terkenal memperkenalkan resepi baru kopi dan kedainya juga amat mudah ditemukan di mana-mana. Namun hati-hati kerana ketagihan kafein penyebab kegagalan jantung bukanlah satu “momokon” atau mitos untuk menakut-nakutkan anda.
Ketagihan tanpa sedar, kafein penyebab kegagalan jantung kronik
Ramai “coffeeholic”, gelaran yang diberikan oleh peminat tegar kopi tidak sedar sama sekali mereka di fasa ketagihan untuk ambil minuman berkafein ini setiap hari. Kalau sehari tidak ambil, memang rasa serba tidak kena sahaja. Bahkan, ada juga yang mampu untuk ambil setiap beberapa jam sekali sehingga jika dikira boleh lebih dari 5 cawan sehari. Kafein penyebab kegagalan jantung bukan gurauan semata.
Secara umumnya, tiada yang salah dalam pengambilan kopi atau minuman berkafein lain seperti nescafe dan teh. Hal ini kerana, tidak dinafikan minuman tersebut mempunyai kenikmatan yang lain daripada lain. Namun setiap makanan atau minuman yang masuk dalam badan kita haruslah berpada-pada kerana sudah tentu ada kesannya untuk kesihatan.
Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi di laman Facebooknya mengenai peminum tegar yang meninggal kerana kafein.
“5 tahun lepas, pernah tular kes seorang remaja berumur belasan tahun yang rebah dan mati setelah minum minuman berkafein. Masa itu dia berada di sekolah. Memang gempar satu negara. Hasil siasatan mendapati, remaja malang itu membedal 3 jenis minuman berkafein dalam jarak 2 jam.
Seorang pengopi tegar. Ibu bapanya bersuara dia gemar minum cafe latte yang dibeli di kedai maskot badut. Gemar juga minum air bergas jenama embun gunung sebagai minuman harian dan gemar menelan energy drinks raksasa. Air putih jarang sekali minum,” kongsi tulisan beliau.
Apa yang ramai tidak tahu adalah mereka hanya berfikir kafein hanya boleh didapatkan dalam kopi. Sebenarnya salah sama sekali.
Fakta tentang kafein yang selalu anda minum
- Dalam secawan teh anggaran kafein ialah 53mg
- Kopi biasa 113 mg kafein
- Latte keluaran syarikat ada gambar wanita rambut panjang 150mg kafein
- Kopi kedai kopi hipster sekitar 320mg kafein
- Minuman lembu ada tanduk sekitar 80mg kafein
Makanan dan minuman yang mengandungi kafein
Sedikit ilmu nutrisi untuk anda, selain kopi dan juga teh, ada beberapa lagi jenis minuman dan juga makanan berkafein yang mungkin anda tidak pernah sedar sebelum ini. Antaranya seperi:
1. Coklat
Semakin gelap coklat itu maka semakin tinggi kandungan kafeinnya. Maksudnya di sini coklat gelap mempunyai jumlah kafein yang lebih tinggi berbanding coklat jenis lain.
2. Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi berperisa coklat mempunyai sekitar 11 miligram kafein bagi setiap kotak. Ini bermakna, anda akan mendapat sekitar 1 miligram kafein bagi setiap cawan bijirin yang anda ambil.
3. Biskut cip coklat
Satu cawan cip coklat mengandungi sekitar 33.6 miligram kafein.
4. Susu coklat
Satu cawan minuman susu coklat mengandungi sekitar 2.5 miligram kafein di dalamnya.
5. Aiskrim dan yogurt
Makanan ini mengandungi sekitar 30 hingga 45 miligram kafein bagi setiap 100 ml aiskrim dan juga yogurt.
6. Serbuk koko
Satu sudu makan serbuk koko mengandungi 12.4 miligram kafein iaitu bersamaan dengan satu hirupan kopi.
7. Minuman berkarbonat
Minuman Mountain Dew mengandungi sekitar 91 miligram kafein bagi setiap 600 ml. Diet Coke pula mengandungi 76 miligram kafein dengan jumlah yang sama.
8. Kopi decaf
Bagi setiap cawan kopi decaf, ia mengandungi sekitar 8 hingga 14 miligram kafein.
9. Matcha
Bagi setiap 236 ml minuman matcha, ia mengandungi sekitar 70 miligram sumber kafein.
Bagaimana kafein boleh menyebabkan kegagalan jantung?
Kafein yang kita minum akan diserap dengan sangat pantas ke dalam perut dan darah. Manakala sebahagian kafein akan disalurkan ke hati dan terurai menjadi sebatian yang memberi kesan kepada organ badan yang lain termasuklah otak.
Maka tidak hairanlah sekiranya ia menyebabkan serangan jantung mengejut terutamanya selepas bersukan atau melakukan aktiviti berat.
Berapa jumlah kafein yang selamat diambil setiap hari?
Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya mengenai jumlah kafein yang selamat untuk diambil. Memang sukar untuk ubah tabiat minum kafein tetapi kita boleh ubah dari segi sukatan pengambilannya.
Mengikut laporan dari WHO sukatannya adalah 400mg sehari. Kajian yang dimuat di jurnal saintifik Food and Chemical Technology juga memberikan angka yang sama.
Tetapi sejauh mana kebenaran bahawa kafein penyebab kematian muda? Satu kajian dalam Journal of Analytical Toxicology telah membuat kajian ke atas 51 kes kematian disebabkan oleh pengambilan kafein berlebih. Dari laporan tersebut, mereka minum bersamaan dengan 30 cawan kopi pada waktu yang singkat.
Tips untuk ambil kafein dengan selamat
Dr Rizal Abu Bakar turut mencadangkan beberapa tips untuk ambil kafein dengan selamat iaitu jarakkan masa pengambilan minuman kafein.
Buat peminat tegar kopi semua, minum biarlah berpada jangan sampai rasa nikmat yang sementara itu mendapat kesan sepanjang usia.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.