KESIHATAN
Casing Telefon Punca Tendinitis Lenguh Di Pergelangan Tangan, Boleh Menjadi Masalah Kronik Pada Kesihatan?
Casing Telefon Punca Tendinitis Lenguh Di Pergelangan Tangan, Boleh Menjadi Masalah Kronik Pada Kesihatan?
Memilih dan membeli casing telefon pasti membuatkan kita selalu rambang mata kerana di pasaran berlambak jenis dan rekaan yang dijual dalam harga yang sangat murah. Namun jauh daripada itu, sebenarnya pemilihan yang salah dalam membeli casing telefon punca tendinitis. Sejauh mana faktanya, jom kita ikuti perkongsian ini.
Betul ke casing telefon punca tendinitis pada seseorang?
Perkongsian dari video di akaun Tik Tok @drhannanikamardi yang juga merupakan pengamal perubatan swasta, Dr Hannani Kamarudin ada memberitahu tentang risiko casing telefon punca tendinitis kepada pengguna yang memilih menggunakan casing telefon bimbit berat.
Inti utama yang diketengahkan adalah mengenai masalah tendinitis iaitu penyakit lenguh pada pergelangan tangan kerana memegang telefon terlalu lama.
Tendinitis (atau tendonitis) ialah keradangan atau kerengsaan tendon. Tendon adalah kepingan tisu penghubung antara otot dan tulang. Tendinitis boleh sama ada akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Selain memagang telefon terlalu lama, ia juga boleh berlaku dari aktiviti yang dilakukan berulang-ulang seperti berkebun, kerja kayu, menyodok, melukis, menggosok, bersukan, dan sebagainya.
Masalah tendinitis ini boleh berlaku pada bahagian badan di mana tendon menghubungkan tulang ke otot seperti pangkal ibu jari, siku, bahu, pinggul, lutut, dan achilles tendon.
“Penyakit tendinitis ini adalah penyakit lenguh pergelangan tangan kerana memegang telefon bimbit terlalu lama. Mereka yang mengalaminya akan merasa kebas dan kaku walaupun sedang tidur serta tidak memegang telefon bimbit,” jelas Dr Hannani menerusi video itu.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi ketika bertemu dengan seorang pesakit yang menceritakan pengalamannya yang mengalami lenguh di tangan selain terjaga daripada tidur di waktu malam kerana merasa sakit di tangan.
“Tidak pernah jatuh dan kemalangan pada tangan tersebut. Setelah diperiksa, perkara yang kita sangka remeh sebenarnya bahaya iaitu sarung telefon,” ujar beliau yang mencadangkan pengguna untuk memilih sarung telefon bimbit yang lebih ringan dan selesa di tangan atau menggunakan pemegang (stand) bagi penggunaan dalam tempoh yang lama.
Tips memilih casing telefon yang betul tetapi masih menarik
Dalam memilih casing telefon, kita mestilah peka dengan faktor dari segi kualiti, bahan yang digunakan, peredaran udara yang baik, dan juga cantik. Casing diibaratkan seperti perisai yang menjadi benteng pertama untuk menjaga telefon dari pecah, rosak, retak, dan sebagainya.
Namun sebelum itu, kita perlu faham dulu jenis telefon yang digunakan sama ada telefon pintar kelas atas, atau pertengahan. Hal ini kerana, untuk mendapatkan produk casing yang mempunyai reka bentuk kuat, kukuh, dan mewah biasanya hanya dikeluarkan oleh pengeluar telefon pada telefon pintar jenis kelas atas.
Jadi tidak boleh terlalu meletakkan harapan yang tinggi sekiranya menggunakan telefon pintar kelas pertengahan yang rendah untuk mendapatkan casing yang berkualiti juga. Untuk mengurangkan risiko negatif dari casing telefon, anda boleh ikuti beberapa tips ini untuk membuat piihan yang tepat setanding harga.
1. soft case vs hard case
Ada dua jenis casing telefon yang boleh dipilih sama ada soft case atau hard case. Soft case biasanya diperbuat dari sejenis bahan sahaja iaitu bahan getah yang berkualiti tinggi, kulit, dan bahan elastik yang lain. Sedangkan hard case mempunyai campuran bahan yang direka khusus seperti polikarbonat, logam, atau kayu.
Ada juga yang mengabungkan kedua-dua jenis casing ini dan menamakannya hybirdcase. Tetapi ianya tidak banyak terjual di pasaran. Sekiranya ada pun memerlukan pencarian yang tidak mudah.
Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis casing tersebut memang mengutamakan keupayaan untuk melindungi telefon pintar dari kesan atau geseran. Hanya sahaja kemampuannya berbeza-beza tahap bergantung jenis bahan dan harga.
2. Tentukan fungsi
Perlu jelas gunakan casing untuk apa? Adakah untuk cantik semata-mata atau untuk memberi perlindungan agar telefon tahan lama. Ramai orang selalu tergopoh apabila ada sahaja design casing baru yang cantik, kita akan membelinya dengan segera tanpa berfikir panjang.
Ingat! Casing dengan reka bentuk grafiti yang menarik atau mempunyai gaya yang trendy tidak semestinya kuat atau mempunyai kualiti yang baik.
3. Perhatikan kualiti
Memang casing diperbuat dari material yang berbeza setiap satunya. Oleh kerana itu, ambil masa sekejap untuk periksa dengan teliti kualiti yang ada pada casing tersebut sebelum membeli.
Tidak semua bahan yang baik, mempunyai kesan yang baik juga pada penjagaan telefon kita. Dan tidak semua casing murah tidak mampu untuk melindungi telefon seperti yang kita harapkan.
4. Berat dan keselesaan
Telefon boleh diibaratkan seperti nadi dalam kehidupan seharian kerana setiap hari kita menggunakannya untuk setiap urusan. Ada kalanya sampai berjam-jam menghadap skrin telefon dan memegangnya.
Sebab itulah, elakkan dari memilih casing yang terlalu berat dan sarat dengan design yang tidak penting. Utamakan keselesaan semasa memegang dalam tempoh masa yang lama.
5. Peredaran udara
Ada sesetengah casing telefon yang akan membuatkan telefon kita mudah panas terutamanya ketika mengecas. Hal ini disebabkan ketiadaan peredaran udaran yan baik. Casing yang mempunyai lubang udara mampu untuk membekalkan peredaran udara agar suhu telefon sentiasa dalam keadaan yang selesa.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk diguna dan dikongsi bersama. Ingat, kesihatan boleh terjejas dengan gaya hidup yang salah kita buat.
Sumber: Tik Tok @drhannanikamarudi
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.