Connect with us

KESIHATAN

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mata Anak Juling Tiba-Tiba Hingga “Hilang” Bola Mata Hitam, Semuanya Kerana Kerap Biarkan Anak Main Phone Sejak Usia 2 Tahun

Published

on

mata anak juling

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mata Anak Juling Tiba-Tiba Hingga “Hilang” Bola Mata Hitam, Semuanya Kerana Kerap Biarkan Anak Main Phone Sejak Usia 2 Tahun

Perkembangan teknologi tidak akan lari dengan penggunaan gajet. Begitu juga sebaliknya. Gajet seperti telifon pintar, laptop, komputer, dan lain-lain peranti ini memang sangat bermanfaat untuk memudahkan manusia setiap hari. Namun begitu, penggunaan gajet pada usia kanak-kanak ternyata memberika kesan sampingan yang sangat teruk sehingga menyebabkan mata anak  juling secara tiba-tiba.

Ibu berkongsi pengalaman mata anak juling walaupun baru berusia 5 tahun

Memang tidak semua manusia diberikan kesempurnaan pada fizikalnya. Ada juga manusia yang diciptakan dengan sedikit kecatatan sejak lahir seperti juling. Namun demikian, mata anak juling juga boleh berlaku disebabkan faktor luaran yang boleh merosakkan fungsi mata itu sendiri.

mata anak juling

Berkongsi pengalaman seorang ibu muda, Nurul Afeizah sama sekali tidak menyangka yang putera sulungnya itu mengalami masalah juling yang begitu kronik. Kanak-kanak yang baru berusia lima tahun dikatakan mengalamai masalah tersebut akibat terdedah dengan penggunaan telefon bimbit sejak usia dua tahun lagi.

Kanak-kanak yang bernama Luth Harraz Mohamad Fazrin itu pada awalnya normal sahaja sejak lahir seperti orang lain. Tetapi disebabkan norma baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakkan masa banyak dihabiskan di rumah.

Jadi anak ini hanya dibiarkan bermain telefon dan menonton televisyen sahaja. Si ibu yang mengakui kesilapannya kerana culas dengan perbuatannya itu berkata dia terpaksa bertindak sedemikian bagi membolehkan anaknya duduk diam dan tidak menganggu dirinya dan suami yang sibuk bekerja.

Malah, kerana PKP juga suaminya hilang punca pendapatan kerana itu mereka berdua terlalu memberi fokus untuk mencari duit sehingga terabai kesihatan anak sendiri. Namun, dia tidak menyangka ianya memberi kesan yang amat teruk kepada masa depan Luth Harraz.

Sangka anak mata juling hanya bergurau

mata anak juling

Mana-mana ibu pun pastinya tidak menyangka gurauan membuat mata juling itu sebenarnya adalah kenyataan bahawa memang anaknya bermata juling. Bermula tahun lepas, dia tidak perasan yang mata anaknya juling kerana menyangka Luth hanya bermain atau bergurau.

Dalam masa yang sama dia juga turut memarahi Luth kerana kerap membuat mata juling tanpa dia tahu yang sebenarnya mata anaknya itu sudah tidak normal lagi. Kerana selalu dimarahi, anaknya menjadi stress dan berkali-kali berkata semuanya berlaku bukan sengaja sebalikya memang keadaan matanya seperti itu.

Bahkan semasa balik kampung juga banyak saudara mara yang menasihati Nurul Afeizah tentang  mata anaknya itu. Bahkan ada kalanya, mata hitam anaknya juga boleh hilang di sebalik pangkal hidung. Mula memikirkan Luth bakal kembali ke sekolah tidak lama lagi, Nurul Afeizah mengambil keputusan untuk membawanya berjumpa doktor.

Ibu penghidap kanser, tak mahu anak juga ada masalah kesihatan

Menurut Nurul Afeizah, dia adalah seorang penghidap kanser dan sangat faham menanggung masalah kesihatan yang kronik di tambah menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

mata anak juling

Oleh kerana itulah, dia sendiri tidak mahu anaknya berdepan dengan masalah kesihatan atau perkara yang memudaratkan apabila sudah dewasa kelak.

Rawatan mata untuk Luth bermula awal Januari lalu yang mana ia dirujuk di Kuala Lumpur. Kanak-kanak tersebut  perlu melakukan pembedahan untuk memulihkan masalah mata yang juling.

Walaupun tidak mungkin akan pulih 100 peratus seperti sedia kala, tetapi mata Luth masih boleh dirawat. Doktor juga ada berkata sekiranya masalah ini tidak dirawat dari awal, potensi untuk anaknya kekal juling amatlah tinggi sekali.

Bagi proses pemulihan, kanak-kanak tersebut terpaksa memakai cermin mata untuk menonton televisyen, dan belajar dalam tempoh tiga tahun.

Biarkan anak buat sepah, kawal penggunaan gajet

Ibu bapa selalu takut anak buat sepah di rumah lalu dibiarkan anak-anak leka dengan gajet. Inilah tabiat yang harus dibendung mulai sekarang. Anak buat sepah itu wajar kerana dunia mereka adalah dunia bermain dan meneroka sesuatu yang baru.

Mereka buat sepah kerana mereka sedang belajar. Tidak berbaloi rasanya kita biarkan mereka duduk diam di sofa sejam sambil memegang telefon lalu kita juga yang nanti akan berhadapan selama-lamanya dengan masalah kesan dari penggunaan teknologi yang tidak terkawal.

Percayalah kecanduan gajet kepada kanak-kanak memberi kesan yang sama seperti ketagihan rokok kepada orang dewasa.

Sumber: mstar.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.