Kisah
Hero Sebenar Yang Tak Ramai Orang Tahu! Menara Jam Mekah Bina Di Sisi Kaabah Hasil Idea Pereka Anak Tempatan Dari UITM
Hero Sebenar Yang Tak Ramai Orang Tahu! Menara Jam Mekah Bina Di Sisi Kaabah Hasil Idea Pereka Anak Tempatan Dari UITM
Tiga kota suci yang menjadi kebanggaan umat Islam di seluruh dunia tentunya Kaabah dalam Masjidil Al-Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Yang paling popular yang dikunjungi paling ramai setiap tahun adalah tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Selain kaabah yang menjadi simbolik paling utama di sana, ada lagi sebuah gedung gergasi iaitu Menara Jam Anraj Al-Bait yang membuat para jemaah terpegun melihatnya. Tahukah anda, Menara Jam Mekah bina oleh pereka anak tempatan kita sendiri?
Siapakah Datuk Wan Nazri Wan Aria?
Sosok pemuda yang menjadi orang kuat dalam berdirinya Menara Jam Mekah bina di sisi Kaabah adalah Datuk Wan Nazri Wan Aria. Dia yang dilahirkan dari keluarga yang serba kekurangan sebenarnya merupakan anak jati Melaka yang berhijrah di Kuala Lumpur.
Setelah mendapat pendidikan awal di sekolah yang terletak di Segambut, dia telah melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum berkhidmat di sebuah syarikat tempatan.
Kerana kesungguhannya menuntut ilmu, dia telah berjaya meneruskan pengajian Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan di University of Stuttgart di German seawal usia 25 tahun sahaja! Bukan mudah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat automotif international terkenal di Eropah sejurus sahaja tamat pengajian. Namun Dato Wan Nazri menolak tawaran tersebut kerana merasakan minatnya di bidang kejurutaan bangunan.
Akhirnya, dia telah memohon pekerjaan di Syarikat SL Rasch, sebuah syarikat arkitek terkemuka di Jerman. Langkah yang mudah rupanya penuh liku, apabila permohonannya ditolak oleh kerana status kewarganegaraan bukan rakyat tempatan.
Sungguh pun begitu, dia masih bernasib baik kerana telah diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan untuk membuktikan yang dirinya layak menjadi pekerja di syarikat tersebut. Dari situ jugalah idea rekaan Menara Jam Mekah oleh Dato Wan Nazri terhasil.
Komited latih anak muda tempatan
Dari pengalamannya berkhidmat bersama syarikat luar negara, banyak kejayaan dan perubahan yang cukup berharga berlaku dalam membentuk dirinya menjadi seorang jurutera muda yang profesional. Malah dia juga mahir dan menguasai empat bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Melayu, dan Arab.
“Jika kita duduk di luar negara belajar atau pun bekerja, maka kita boleh timba ilmu dan juga teknologi yang boleh kita bawa balik di sini untuk dikongsikan kepada generasi muda. Perkara itulah yang amat penting sekali dalam perkembangan individu profesional,” jelasnya.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut komited untuk melatih anak muda tempatan agar cemerlang di dunia dan akhirat. Dengan tekad prinsip berusaha sampai berjaya, dia telah berjaya membuktikan bahawa sekembalinya ke tanah air telah memberi peluang pekerjaan dengan terbinanya Gruppe Consultant dan memiliki lapan orang jurutera.
Syarikat ini telah memberikan perkhidmatan rundingan berhubung kejurutaan teknikal kepada Malaysia Mining Corporation Berhad dan beberapa projek lain seperti KLIA2, Lapangan Terbang Senai, dan Loji Janakuasa Arang Batu Tanjung Bin.
Mengulas lanjut tentang gelaran “hero” kepada pembinaan menakjubnya di Mekah. Dia mengucapkan rasa syukur kerana kebolehannya yang tersimpan selama ini akhirnya membuahkan hasil dengan kepercayaan yang diberikan sehingga terbinanya pelan pembangunan Menara Jam Anraj Al-Bait itu.
Beberapa tahun dulu, dia telah ditawarkan untuk terlibat dalam projek membesarkan Masjidil Haram, tetapi dia menolak kerana mahu terus berada di tanah air bersama keluarga. Kini, Dato Wan Nazri adalah CEO kepada KOP Mantap Berhad milik Koperasi PDRM.
Fakta tentang Menara Jam Mekah yang ramai tak tahu
Mekah Royal Clock Tower, nama yang sehingga kini menjadi bualan ramai oleh masyarakat dari dalam dan luar negara oleh kerana rekaannya yang begitu indah dan gah. Selain keunikan rekaan, ini adalah fakta lain yang mungkin ada tidak tahu mengenainya:
- Memiliki ketinggian 601 meter, antara gedung yang tertinggi di dunia.
- Dibina dalam waktu singkat hanya 6 tahun sahaja.
- Muka jam berdiameter 6 kali lebih besar dari Big Ben, London dan ditulis dengan nama Allah di atasnya serta diterangi dua juta cahaya LED
- Dihiasi lebih 98 juta jubin mosaik kaca dan daun emas 24 karat.
- Dihiasi 26 lampu yang mampu memancar 10 km ke langit.
- Dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.
Semoga akan lebih ramai anak muda di luar sana yang bangkit dan memberi kebanggaan kepada negara kita yang tercinta. Tidak mustahil suatu hari nanti generasi muda kita adalah generasi muda yang menjadi contoh di mata dunia.
Sumber: Facebook Azmil Abrar
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah