Kisah
“Kalau Langsung Tak Ada Duit, Jangan Tahan Lapar,” Nasi Lemak Percuma Untuk Pelajar, Nak Bayar Tapi Masih Kira Duit Syiling Depan Kedai

“Kalau Langsung Tak Ada Duit, Jangan Tahan Lapar,” Nasi Lemak Percuma Untuk Pelajar, Nak Bayar Tapi Masih Kira Duit Syiling Depan Kedai
Kata orang, dalam menjual kita boleh bersedekah dengan cara yang paling mudah iaitu meringankan perkara yang kita rasa berat untuk buat. Tidak semua orang berniaga hanya semata-mata mencari keuntungan peribadinya. Ramai peniaga yang bermurah hati untuk bersedekah dengan cara memberi makanan percuma, atau melebihkan kuantiti dalam satu hidangan tanpa menaikan harga. Mengintai semula zaman ketika dulu kita menuntut ilmu di menara gading, boleh dikatakan ia memberi seribu satu pengalaman yang cukup mendewasakan diri. Berjumpa dengan pelbagai latar belakang pelajar. Ada yang ke kelas menaiki kereta mewah, dan ada juga yang terpaksa mengutip duit syiling untuk menambah duit belanja. Nasi lemak percuma untuk pelajar, ikuti kisah Kak Siti Aishah bagaimana peribadinya boleh menjadi contoh kepada peniaga lain di luar sana.
Datang sini ada nasi lemak percuma untuk pelajar!
Makanan murah itu biasa, tetapi jarang-jarang sekali kita dengar makanan percuma. Tambahan lagi, nasi lemak percuma untuk pelajar yang ditawarkan ini lengkap dengan isinya seperti kacang, timun, ikan bilis, dan lauk-pauk lain.
“Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini beritahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu,” itu nota yang ditampal di hadapan gerai jualannya di kafeteria Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor baru-baru ini.
Biasanya orang yang lebih mudah memahami perasaan orang lain adalah orang yang pernah melalui perkara yang sama sepertinya. Begitulah Kak Siti Aishah Othman, 32 tahun yang tidak terkecuali bergelut dengan kepayahan hidup ketika zaman di universiti dulu.
Dia yang merupakan seorang anak yatim sejak kecil, sudah terbiasa dengan hidup serba kekurangan. Sebagai seorang kakak, dia nampak sendiri bagaimana jerih payah arwah maknya mencari rezeki demi menyara kehidupannya bersama lapan lagi orang adik-beradik. Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, itulah yang boleh digambarkan dengan kerjaya Kak Aishah sekarang. Perniagaan nasi lemak ini dulu diusahakan oleh maknya, kemudian dia menjadi penerus kepada resepi turun-temurun itu.
Arwah mak memang suka bersedekah sampai saya marah sebab takut rugi
Menceritakan kembali memori bersama mak, Kak Aishah sangat memuji sikap arwah maknya yang suka bersedekah dengan orang. Sikap pemurah arwah yang terlalu baik itu sehingga menyebabkan Kak Aishah memarahinya kerana barang basah yang dibeli dengan modal sendiri akan menjadikan mereka rugi.
Mungkin ketika itu dia masih tidak faham apa yang dirasakan sebagai seorang peniaga. Setelah lebih sebulan berniaga sendiri di UTM, akhirnya dia mulai faham maksud dari perbuatan arwah maknya yang gemar memberi makanan percuma itu.
“Hanya insan yang lapar akan faham perut lapar,” ungkapan yang jelas mengambarkan jawapan kepada sikap pemurah anak beranak ini.
Bayar makanan RM1 pakai duit syiling, tak jemu makan benda sama
Harga nasi lemak biasa yang dijual di kedai Kak Siti ini serendah RM1 sahaja. Hal ini disebabkan, dia sedar ramai pelajar dari latar belakang yang tidak berkemampuan.
Bermula dari dia menyedari beberapa orang pelajar selalu datang ke kedainya untuk memesan nasi lemak biasa tanpa jemu. Pelajar tersebut memesan nasi lemak yang sama berulang kali dan membayar pula RM1 dengan menggunakan duit syiling yang dikorek dari kocek seluar.
Dari situ, Kak Aishah faham akan bebanan kewangan yang dihadapi pelajar tersebut walaupun dia tidak pernah mengadu tidak ada duit semasa membeli makanan. Nasi lemak percuma untuk pelajar ini adalah caranya yang tersendiri untuk meringankan beban mereka.
Menurutnya, rasa letih dan lelah berniaga boleh hilang serta merta apabila melihat wajah para pelanggannya yang gembira dan ceria. Setiap hari, dia akan menyimpan 10 bungkus nasi lemak percuma untuk pelajar yang tidak berkemampuan dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Antara cabaran kemelut harga barang dan ihsan seorang manusia
Nasi lemak biasa dijual dengan harga RM1, nasi lemak berlauk ayam goreng berempah dijual dengan harga RM4, dan nasi lemak pelbagai jenis lauk seperti sambal udang dan rendang ayam dijual dengan harga RM5. Kalau diikutkan harga barang basah khususnya ayam di pasaran, harga makanan yang ditawarkan Kak Aishah jauh lebih murah berbanding gerai lain.
Walaupun begitu, dia yang terpaksa meletakkan harga RM5 sebagai harga yang paling mahal di gerainya acap kali memohon maaf kepada pelanggan jika dirasakan terlalu mahal. Jika ikutkan untungnya memang tidak seberapa tetapi melihat pelajar lain kenyang dan mampu meneruskan pelajaran itu sudah cukup bermakna buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Abu Hurairah RA menyebut Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, “Ya Allah! Berikanlah kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kededut) kemusnahan.” – (Hadis Riwayat Sahih Bukhari dan Muslim)
Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang didoakan malaikat dengan keluasan rezeki yang berlipat kali ganda. Sesungguhnya dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain untuk kita berikan.
Sumber: mStar
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














