Kisah
“Mak Dah Meninggal”, Anak Yatim & Miskin Minta Duit Beli Air RM1 Lepas Balik Sekolah
“Mak Dah Meninggal”, Anak Yatim & Miskin Minta Duit Beli Air RM1 Lepas Balik Sekolah
Kata orang seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak, walaupun tampak luaran fizikal wanita itu seakan-akan lemah berbanding lelaki. Wanita adalah insan yang sangat kuat sehingga asbab diberikan kekuatan itu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, dan menjaga anak-anak. Kisah seorang anak yatim miskin minta duit beli air baru-baru ini memberi ingatan kepada kita bertapa besarnya kasih dan tanggungjawab ibu dalam sebuah keluarga.
Miskin minta duit beli air kerana haus selepas pulang dari sekolah
Kisah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Tie Ruzilawati yang disapa oleh seorang budak perempuan semasa dia sedang menunggu anaknya pulang di pondok hadapan sekolah. Katanya budak itu minta dia sedikit duit untuk beli air, dan dia berikannya tanpa banyak bicara atas rasa ihsan seorang ibu yang masih ketara.
Tidak sampai beberapa minit, budak perempuan itu datang kembali kepadanya lalu menyerahkan baki duit tadi. Wanita itu pelik dan bertanya mengapa budak itu pulangkan semula.
“Tak apa acik, saya nak seringgit je. Pagi tadi saya bawa duit belanja RM3”, kata budak perempuan tadi dengan naif dan penuh jujur.
Dalam hati terlintas dengan duit RM3 hari ini, apa yang anak-anak boleh makan di sekolah? Sudah tentu tidak cukup apatah lagi jika dia bersekolah dari pagi (sekolah kebangsaan) hingga petang (sekolah agama).
Tetapi mungkin itulah yang termampu diberikan oleh ibu bapa pelajar ini. Budak itu terus duduk di samping Tie Ruzilawati kemudian mereka berdua berbual. Dari perbualan itu barulah wanita ini tahu serba sedikit tentang budak perempuan tersebut.
Menurutnya, ibu adik ini sudah meninggal dunia. Sekarang dia hanya tinggal bersama wan (nenek), dan ayah. Ayahnya pula kerap pulang malam kerana bekerja lebih masa untuk menyara kehidupan mereka di rumah.
Tidak terkata mendengar segala ungkapan budak perempuan ini. Bertapa sedihnya hidup anak-anak yang kian membesar tetapi tidak mampu mendapat perhatian seorang ibu.
Baju kotor lusuh, kasut terbelah tercabut tapak
Dalam tidak sedar berbual, wanita itu sempat juga memerhatikan budak tadi dari atas kepala sehingga ke kaki. Tidak disangka ini yang “terjamah” di matanya. Bajunya kotor dan tampak lusuh sekali, bahkan kasutnya juga hampir terbelah dua dengan tapak yang hampir-hampir sahaja tercabut.
Tanpa sedar air mata mula menitik mengenangkan kesusahan dan beban yang perlu ditanggung oleh anak ini walaupun masih kecil di bangku sekolah rendah. Dipeluk dan didakap budak perempuan itu penuh kasih, lalu sempat dia berbisik kepadanya, “Esok acik bagi kasut sekolah lain ya.”
Senyuman penuh ikhlas dari si kecil
Esok harinya seperti yang dinanti-nanti, budak perempuan ini sudah berlari-lari ke pondok sekolah untuk berjumpa dengan wanita itu. Dari jauh sahaja sudah terpamer senyuman penuh gembira dari bibirnya.
Kasut baru bertukar tuan, dan dia amat bersyukur dengan pemberian tersebut. Kata wanita itu, “Pemberian ini tidak seberapa pun bagi yang tidak memerlukan. Tetapi bagi budak itu, ia adalah pemberian yang sangat bermakna.”
Hidup ini kita berjumpa dengan ramai orang. Ada yang kaya raya, ada yang hidup sederhana, dan ada juga yang sangat miskin sehingga untuk makan pun terpaksa makan dari sisa orang lain yang dibuang. Dengan manusia kita belajar banyak perkara. Menjadikan diri yang dulu amat jarang mengucapkan “Alhamdulillah”, untuk mula melafazkannya setiap hari.
Tanpa kita sedar sebenarnya, kayanya kita untuk menguji sejauh mana kita menggunakan kekayaan itu untuk sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. Miskinnya dia juga untuk menguji kita adakah kita mampu untuk membantu mereka.
Manusia ini berada dalam satu bumbung yang sama iaitu kerana Allah SWT. Jika Allah ingin memberikan kekayaan kepada seseorang, maka dengan sekelip mata sahaja Dia mampu adakan. Tetapi hakikat yang berlaku tidak seperti itu kerana ini semua ujian hidup buat manusia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya”. – (Hadis Riwayat Ahmad)
Sumber: Facebook Tie Ruzilawati
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah