Connect with us

Kisah

“Ini Bukan Rekaan Manusia”, Cuba Mencari Kesalahan Al-Quran, Pakar Matematik Masuk Islam Setelah Mengkaji Al-Quran

Published

on

pakar matematik masuk islam

“Ini Bukan Rekaan Manusia”, Cuba Mencari Kesalahan Al-Quran, Pakar Matematik Masuk Islam Setelah Mengkaji Al-Quran

Islam agama yang harmoni dan penuh kasih sayang. Banyak kisah mualaf-mualaf yang diberikan hidayah lalu mula tertarik dengan agama Islam setelah mendalaminya dengan sepenuh hati. Rasa tenang dan hati tenteram dalam mencari petunjuk dalam hidup. Berbeza pula dengan seorang pakar matematik masuk Islam setelah mencabar diri sendiri untuk mengkaji kalamullah.

Giat menyebarkan agama kristian, mencabar diri cari kesilapan Al-Quran

pakar matematik masuk islam

Dr. Gary Miller, seorang pakar matematik dan ali teologi asal dari Kanada adalah seorang ilmuan yang sangat berpengaruh di negaranya dalam ilmu perbandingan agama dan pengkaji ketuhanan. Bahkan, beliau juga salah seorang individu penting dalam menyebarkan agama Kristian di negaranya. Oleh sebab itulah, ramai pengikut dan masyarakat menyanjungi dan hormat padanya.

Sehinggalah sekitar tahun 1978, beliau mengambil keputusan untuk membaca terjemahan Al-Quran. Niat asal hanya satu iaitu untuk mencari kesalahan dalam agama Islam dan mempengaruhi umat Islam agar berpaling imannya dari Allah SWT.

Buku yang disangka hanya kamus tebal yang sudah tua berisi penceritaan tentang padang pasir ini rupa-rupanya memberikan satu pukulan yang amat dahsyat pada hati Dr. Gary Miller.

Cari kesalahan tetapi yang jumpa kekeliruan

Dalam Al-Quran tidak ditemukannya kesalahan, penipuan, mahupun kebohongan. Sebaliknya buku yang dipanggil Al-Quran itu mempunyai inti pati yang sangat konsisten, dan kebenaran yang diyakini, jelas, dan nyata.

Pada mulanya, beliau ingin mencari kisah Rasulullah SAW yang berduka dengan kematian Saidatina Khatijah dan anak-anak baginda. Tetapi yang ditemukan adalah nama “Mary” (surah Al-Mariam), yang mana nama itu tidak dituliskan dalam kitab lama Kritian.

“Awalnya, saya mencari cerita tentang kesedihan Nabi seperti ketika kehilangan isteri serta anak-anak Baginda. Namun, pencarian itu tidqk ditemukan. Sebaliknya saya menjadi keliru kerana menemukan surah yang dinamakan “Mary” (surah Al-Mariam), dan ianya tidak ditulis di dalam kitab lama,” beritahu beliau.

Bahkan, tidak ada juga surah-surah yang dinamakan bersempena dengan anak atau isteri Baginda, Sekiranya ini adalah buku cerita umat Islam pasti akan dijelaskan satu persatu watak figura dalam setiap bab atau halaman. Lebih mengelirukan juga apabila nama Nabi Muhammad SAW hanya disebutkan 4 kali sahaja berbanding Nabi Isa sebanyak 25 kali.

Kagum dengan penulisan dalam Al-Quran, yakin ini bukan tulisan manusia

pakar matematik masuk islam

Beliau baca terjemahan Al-Quran itu tanpa henti setiap hari, sehinggalah sampai pada potongan ayat Surah An-Nisaa, ayat 82,

Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya merka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya….”

Ayat ini membuatkan beliau tersentak dan berfikir dalam-dalam. Ada benarnya apa yang dituliskan pada ayat tersebut. Apabila kebenaran itu sudah ada di depan mata tetapi kita tetap mahu menafikannya, maka yang salah bukanlah pada ia tetapi diri sendiri dengan sikap ego yang tidak mahu menerima kenyataan.

Beliau yakin, Al-Quran adalah kebenaran untuk seluruh manusia. Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam cuba mencari kesalahan di dalamnya dan dengan yakin pasti mereka akan temukan kebenaran hakiki bukan kesalahan di mana-mana.

Bukan itu sahaha, setiap halaman yang dibaca sedikit sebanyak menyedarkan beliau bahawa penulis buku ini bukan manusia. Hal ini kerana, manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan walau sebesar kuman, tetapi pembukuaan Al-Quran sangat sempurna dan tidak ada cacat celanya.

Baca hingga khatam sehingga masuk Islam

Kebenaran awal itu membuatkan pakar matematik ini terus tertarik utuk membaca Al-quran sehingga habis. Satu demi satu surah dan ayat membuatkan beliau berfikir dan membandingkan dengan ilmu sains, matematik, astronomi, dan banyak lagi.

Ia termasuklah tentang penciptaan alam semesta (Surah Al-Anbiyaa, ayat 30), menyangkal ura-ura yang mengatakan syaitan yang membantu Nabi Muhammad SAW untuk menulis Al-Quran (Surah Asy-Syu’araa, ayat 210-212), kisah Abu Lahab (Surah Al-Masad, ayat 1-5), dan sebagainya.

Al-Quran adalah sesuatu yang mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak mampu untuk ramal. Oleh yang demikian, memang benarlah Al-Quran ini bukan penipuan, palsu, atau apa-apa lontaran gelaran yang tidak baik tentangnya, sebaliknya inilah kebenaran yang perlu diterima oleh semua orang.

Akhirnya, Dr. Gary Miller memeluk Islam, dan menukar nama kepada Abdul Ahad Omar. Beliau yang merupakan pakar matematik sekaligus penyarah di Kanada, berhijrah pula ke Arab untuk mengajar matematik di Universiti King Fahd dan Institut Petroleum di Abu Dhabi.

Sumber: Utusan TV

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending