Kisah
Kisah Pemuda Kumpul Duit Pergi Umrah Di Usia Muda, Ini 2 Tips Perlu Anda Tahu Untuk Capai Impian Ke Tanah Suci
Kisah Pemuda Kumpul Duit Pergi Umrah Di Usia Muda, Ini 2 Tips Perlu Anda Tahu Untuk Capai Impian Ke Tanah Suci
Bagaimana kumpul duit pergi umrah di usia muda dengan gaji yang rendah? Mustahil atau realiti? Ikuti perkongsian di artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Menunaikan ibadah ke tanah suci impian semua umat Islam
Setiap seorang daripada kita tentu mempunyai impian dan target yang berbeza-beza yang ingin dicapai dalam hidup ini. Tidak kiralah untuk masa depan diri sendiri, keluarga, anak-anak atau dari aspek lain seperti kerjaya dan ekonomi. Namun begitu, pastinya setiap umat Islam mempunyai satu impian yang sama iaitu untuk menunaikan ibadah umrah atau haji di tanah suci Mekah.
Suasana tenang dan damainya menyusup terus ke dalam hati. Sungguh ia tidak mungkin kita rasai lagi selepas berangkat pulang dari sana. Tidak hairanlah jika ramai yang merindui tanah penuh barakah itu dan ingin datang kembali setiap tahun untuk menunaikan ibadah di samping Kaabah dan Masjid Nabawi.
Kumpul duit pergi umrah dengan gaji rendah
Perkongsian dari seorang pemuda di laman sosial Twitter, Iffat Salleh menceritakan bagaimana beliau mampu untuk kumpul duit pergi umrah di usia muda. Usia yang masih muda dan bertenaga memang sangat ideal untuk kita mengerjakan umrah atau haji.
Menurut beliau, kali pertama terfikir untuk kumpul duit pergi umrah adalah apabila melihat ibu kepada sahabatnya yang mampu untuk ke sana setiap tahun. Sedangkan kalau diikutkan ibu sahabatnya itu guru sekolah, manakala ayahnya hanya buat kerja-kerja kampung sahaja.
“Pertama pasang niat. Kedua bayar deposit pakej. Nanti sampai masa cukuplah duit tu”, jawab ibu sahabatnya itu ringkas.
Bagaikan tidak percaya hanya itu tips yang diberikan tetapi Iffat tetap mengikuti apa yang telah diberitahu kepadanya.
Bermula perjalanan kumpul duit dari tahun 2018
Pada awal tahun 2018, beliau telah berhubung dengan sebuah agensi umrah. Beliau ambil keputusan untuk tempah pakej dan booking untuk dua orang. Dengan niat, “Ya Allah, tahun ni aku nak hantar mak ayah pi umrah. Murahkan rezeki aku, cukupkan kewangan aku.”
Dalam masa yang sama juga beliau mula untuk lakukan kerja freelance sebagai website designer. Kerja sendiri sebagai seorang freelancer ini bukanlah mudah sebenarnya. Walaupun masanya fleksibal dan kita boleh memilih pekerjaan apa yang dimahukan, tetapi dari segi promote diri, jaga jadual masa, berkomunikasi dengan pelanggan, dan capai kualiti kerja seperti yang dimahukan perlu dilakukan sendiri dari A to Z.
Di awal pekerjaan beliau dengan niat yang suci itu, beliau menerima walau sekecil mana pun pekerjaan yang datang sungguh pun cuma RM 500 untuk sesebuah website. Harganya memang rendah tetapi beliau tidak menolak dan mengeluh.
Untuk cukupkan RM 18,000 bukanlah mudah kerana itu tidak boleh terlalu memilih kerja. Sebab kita tidak tahu dengan rezeki mana satu yang Allah SWT hadirkan akan dapat membantu kehidupan kita.
Cukup 6 bulan berkecimpung dalam pekerjaan ini, saparuh pun duit yang dikumpul belum mencecah pada angka RM 18,000.
Terima rezeki yang lebih besar tanpa disangka
Entah bagaimana dengan kuasa Allah SWT, Iffat mendapakan pekerjaan untuk buat website dari seorang pelanggan dengan nilai lebih dari RM 5000. Beliau sendiri pelik bagaimana pelanggan tersebut boleh yakin dan percaya kepada kemahiran beliau sedangkan mereka tidak pernah bersemuka dan hanya berkomunikasi dari atas talian sahaja.
Satu per satu rezeki yang datang, cukup masa duit yang dikumpul pun cukup mencapai sasaran. Pada tahun yang sama 2018, beliau berjaya menghantar kedua-dua orang tuanya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
“Tahun depan, aku bagi tahu isteri nak hantar mak dan ayah mertua pula pergi umrah”, katanya bersungguh.
Dimakbulkan niat beliau, tahun 2019 memang beliau tunaikan hasrat itu kepada mak dan ayah mertuanya.
Berjumpa dengan 2 pemuda di lapangan terbang
Walaupun kedua-dua mak ayah sendiri dan mertuanya sudah berangkat ke tanah suci namun beliau masih belum berkesempatan lantaran pandemik Covid-19 yang melanda dunia tahun lalu.
Menurutnya semasa menghantar mak dan ayah mertua ke lapangan terbang, beliau terserempak dengan dua orang pemuda yang turut sama ingin menunaikan umrah. Yang seorang hanya bekerja di bendang, manakala seorang lagi kerja cuci kereta sahaja.
Ini jelas terbukti, walau apa pun pekerjaan kita dengan niat, tips, dan keazaman yang betul, kita mampu untuk mencapai apa yang kita mahukan khususnya untuk memgerjakan ibadah umrah atau haji.
Malah duit yang dikumpul itu juga boleh dibahagi-bahagikan untuk simpanan sendiri dan membayar hutang yang ada.
“Duit aku kumpul RM 5000. RM 3000 aku simpan untuk umrah, lagi RM 2000 aku bayar hutang”, tambahnya lagi.
Jom kita pasang niat, dan bayar deposit siap-siap lepas ini. Semoga dengan kesungguhan itu Allah permudahkan urusan kita semuanya.
Sumber: Iffat Salleh
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah