Kisah
“Keluarga Pun Tak Boleh Terima Kekurangan Diri,” Kisah Sukur Ibrahim Jutawan Karpet Dunia Akhirat
Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Kejayaan seseorang juga diukur bukanlah berdasarkan seberapa banyak keuntungan yang dia mampu untuk capai tetapi seberapa kuat dia bangkit semula selepas jatuh berkali-kali. Kisah Sukur Ibrahim ini agak unik sekali kerana lelaki istimewa ini sungguhpun kerdil fizikalnya tetapi besar jiwanya dan mempunyai matlamat yang luar biasa hebat untuk masa hadapan. Ikuti kisah perjalanan hidup Sukur Ibrahim yang penuh liku dan cabaran.
Mak sampai tak boleh terima kecatatan diri, kisah Sukur Ibrahim ada nenek & datuk sebagai kekuatan
Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak yang sihat dan sempurna fizikalnya. Satu tamparan kuat pada diri mereka apabila melihat anak yang dikandung 9 bulan itu tidak seperti orang lain iaitu mempunyai kecatatan yang tersendiri. Begitu juga dengan kisah Sukur Ibrahim ini bila pada mulanya, maknya sendiri sukar menerima pada hakikat itu yang anak mereka tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU).
Namun hadirnya nenek dan datuk memberi kekuatan untuk dia menyakinkan mak dan ayah agar bersyukur dengan apa jua pemberian yang Allah berikan.
“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga yang mana saya mengambil masa 4 tahun memujuk keluarga mentua untuk mengahwini anak mereka?
“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Waktu dilahirkan saya tak diterima oleh keluarga. Mak dan ayah terperanjat dengan keadaan kelahiran saya seperti ini. Mak tak boleh terima anak yang dikandung 9 bulan adalah anak yang cacat.
“Alhamdulillah nak menjadi kekuatan keluarga adalah datuk dan nenek. Datuk naik basikal yang pergi ke balai polis dan daftar nama saya dengan nama Mohd Sukur supaya keluarga bersyukur dengan pemberian yang Allah beri kepada mereka,” ujarnya ketika ditemu ramah.
Dia sendiri sukar menerima perbezaan diri dari orang lain
Pun begitu bila mak dan ayah menerima dirinya sepenuhnya, dan rasa ingin jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya, dia pula yang tidak boleh menerima kecatatan pada diri sendiri. Ketika itu Sukur sudah boleh berfikir dan berumur 4-5 tahun.
“Saya boleh nampak perbezaan antara diri dengan orang lain terutama dengan adik-beradik saya. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.”
“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nk hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri,” luahnya jujur.
Bermula titik perubahan dalam diri
Sehinggalah pada suatu hari, mak dan ayahnya terfikir bagaimana untuk membina keyakinan diri pada diri Sukur. Lantaran itu, mereka telah menghantar Sukur ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Di situlah titik permulaan perubahan dalam diri seorang Sukur.
“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.
“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 7 tahun bisnes ini. Di harap kisah saya ini dapat beri inspirasi kepada semua. Walaupun OKU tapi saya OK,” katanya.
3 Tips hebat Sukur Ibrahim tentang keidupan
Dalam masa yang sama, penulis buku motivasi bestseller Inspirasi Sukur dan Takdir Itu Anugerah ini ada berkongsikan tips mudah tetapi hebat dari pengajaran kisah kehidupannya untuk panduan semua.
1. Kena bersyukur
Ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai yang boleh bersyukur
2. Kena beri peluang diri sendiri untuk bina kehidupan.
Rezeki dan nikmat Allah akan beri tak tahu bila.
3. Kena sentiasa berusaha
Sebab hari ini kejayaan adalah bermula dengan sebuah impian. Bila ada impian kena ada tindakan.
Diharapkan kisah Sukur Ibrahim ini dapat memberikan ibu bapa di luar sana yang memiliki anak-anak istimewa sebuah inspirasi untuk merancang kejayaan bersama. Mereka mungkin kekurangan dari segi fizikal tetapi mereka cukup mulia di sisi Tuhan apabila ikhlas menerima kelemahan yang ada pada diri mereka.
Sumber: Sukur Ibrahim
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.