Kisah
Menuntut Ilmu Berkerusi Roda & Berkaki Palsu, Kembar Siam Muhammad Graduan Bidang Sains Komputer di MSU

Kembar siam muhammad graduan , dia benar-benar insan yang cintakan ilmu, pasti walau besar ranjau dan duri berliku di hadapan yang akan singgah pada setiap langkah akan ditempenuhinya dengan berani dan cekal. Kita mungkin tidak akan benar-benar merasakan manisnya semua ilmu itu jika tidak merasa pahitnya kepayahan. Ilmu tidak akan datang dengan mudah dan sekelip mata jika manusia tidak mencarinya. Belajar dan terus belajar, itulah kunci kembar siam Muhammad graduan bidang Sains Komputer berjaya memegang skrol ijazah sarjana mudanya dari Management and Science University (MSU).
Hanya berkerusi roda & berkaki palsu, kembar siam Muhammad graduan yang patut dicontohi
Hari ini tidak ramai anak muda yang mampu untuk mengubah kekurangan diri menjadi sesuatu kejayaan yang luar biasa. Pasangan kembar siam graduan MSU sepatutnya menjadi contoh buat kita semua khususnya bagi mahasiswa mahasiswi yang sedang bergelut dengan kampus dan kuliah.
Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhamamd Rosli dulu kisahnya pernah menjadi buah mulut masyarakat sekitar tahun 2001. Terlahir dengan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha, pasangan ini terpaksa menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum masing-masing dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahad National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada tahun berikutnya.
“Selagi kita tak cuba dan tak berusaha, kita tak tahu kemampuan diri kita di tahap mana dan apa hasilnya,” begitulah kata-kata yang menjadi kekuatan pasangan kembar Siam tersebut selama ini.
Hasilnya, menjadikan kembar siam Muhammad graduan yang diraikan dalam satu istiadat konvokesyen MSU pada bulan Disember beberapa tahun lalu. Menurut graduan dalam sains komputer itu, perasaannya bercampur baur ketika menerima sijil pada hari konvokesyen berkenaan apabila terkenang kembali kenangannya sepanjang pengajian dan ketika dibangku sekolah.
Sukar memang sukar. Tetapi inilah titik manis yang dinantikan semalam ini.
Belajar sama macam orang lain, anggap diri normal
Bagi mereka, mereka menjalani kehidupan sebagai mahasiswa sama sahaja seperti rakan-rakanya yang lain.
“Saya belajar seperti orang lain, saya melihat diri saya sama seperti orang lain. Saya anggap diri saya normal. tiada beza.”
“Kita tidak boleh harap orang lain sepenuhnya, kena usaha untuk dapat sesuatu. Kalau minta nak belajar kena cari jalan untuk belajar,” katanya dengan ikhlas.
Bagaimanapun, pasangan kembar ini mengakui, ada kesukaran yang terpaksa dilalui sepanjang belajar disebabkan keadaan diri yang berkerusi roda.
“Kesukaran kami untuk mendapatkan lif hendak ke kelas. Di sini ada tangga dan lif. Sebelum ini saya akan ambil masa 10 minit namun ada kalanya nak masuk lif penuh, walaupun ada ruang tapi tak muat kerana memerlukan ruang yang besar untuk kerusi roda dan kami terpaksa menunggu.
“Maka, sebagai penyelesaian, kami ambil masa setengah jam sebelum kelas bermula untuk dapatkan lif. Biar saya tunggu orang, jangan orang tunggu saya. Itulaha cabaran di sini.” kata Muhammad lagi.
Minat Ahmad dalam seni, minat melukis
Ahmad abang kepada Muhamamd pula mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik. Ahmad tidak sempat untuk melanjutkan pelajaran dalam ijazah kerana masalah kesihatan yang dihadapi memaksa dia untuk merubah jadual.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realitinya dia sebenarnya seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Berbeza dengan Muhammad yang lebih peramah dan ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana memang berdua. Buat keputusan pun bersama,” ujarnya.
Oleh kerana berbeza jurusan, maka waktu kuliah juga tidak sama. Ada kalanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad pada sesi petang begitu juga sebaliknya. Namun mereka akan tunggu masing-masing sehingga habis kelas barulah pulang ke rumah.
Dalam masa menunggu itu, Ahmad gemar untuk melukis. Bahkan dia sendiri pernah melukis potret adiknya.
“Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula kami tidak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul sudah tidak ada. Jadi akan cepat lenguh,” katanya lagi.
Menjadikan kunci untuk tidak tinggal solat 5 waktu, hormat ibu bapa, dan gigih dalam berusaha, pasangan kembar siam ini terus meraih kejayaan yang membanggakan rakyat Malaysia.
Sumber: Keluarga
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












