Petua
Bertemu Kegagalan Ribuan Kali Sebelum Berjaya, Kisah Hidup Atuk KFC Inspirasi Anak Muda Kini Dari Perspektif Islam
Bertemu Kegagalan Ribuan Kali Sebelum Berjaya, Kisah Hidup Atuk KFC Inspirasi Anak Muda Kini Dari Perspektif Islam
Maskot dan logo franchise restoran makanan segera yang paling dikenali dari dulu sehingga sekarang pastinya wajah Atuk KFC (Kentucky Fried Chicken) yang berwana putih, hitam dan merah. Pertama kali membuka cawangan Restoran KFC pertama di Malaysia pada tahun 1973 di Jalan Abdul Rahman, Kuala Lumpur, siapa sangka disebalik kejayaan demi kejayaan itu ada sisi gelap kisah hidup Atuk KFC yang ramai orang tidak tahu.
Colonel Sanders kisah hidup Atuk KFC yang bertemu kejayaan selepas 1009 kali gagal
Kisah hidup Atuk KFC sama seperti mana-mana anak muda lain yang juga melalui banyak liku dugaan untuk berjaya dalam perniagaan. Colonel Sanders atau nama sebenarnya adalah Harland Sanders lahir pada 9 September 1890 di Indiana. Bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang mewah, sebaliknya pada usia 5 tahun ayahnya sudah pun meninggal dunia.
Lantaran itu, ibunya terpaksa melakukan bermacam-macam kerja bagi menampung segala keperluan hidup Harland dan adik-adiknya. Memikul tanggungjawab sebagai seorang abang, Harland sudah bekerja di awal usia 10 tahun dan terpaksa berhenti sekolah ketika umur 16 tahun. Bahkan ketika usianya baru 17 tahun, dia sudah melalui pengalaman empat kali hilang pekerjaan.
Pekerjaan pertamanya adalah menjadi seorang pembantu ladang dengan gaji 2 dollar per bulan. Memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan hati ketika umur yang masih muda iaitu 18 tahun dan menjadi seorang ayah setahun berikutnya merupakan cabaran yang penuh dengan memori manis bersama.
Namun siapa sangka ikatan cinta dibina yang nampak seperti utuh rupa-rupanya tidak mampu bertahan lama. Akhirnya dia ditinggal isteri yang membawa anak perempuan mereka bersama. Luluh hati seorang suami apabila diperlakukan sedemikian rupa.
Kehidupan masih diteruskan kerana tanpa pekerjaan, mana mungkin Harland dapat meneruskan langkah. Dia bekerja sebagai konduktur keretapi sehingga usia 22 tahun. Pernah memalsukan dokumen pengenalan diri untuk menyertai tentera tetapi perjalannya tidak kekal lama. 3 bulan selepas itu perkhidmatannya ditamatkan dan dia memulakan hidup di Alabama dengan melakukan pelbagai jenis lagi pekerjaan seperti peguam, tukang masak, pencuci pinggan dan bidan.
Bermodal $87 untuk beli ayam dan buat resepi sendiri
Harland akhirnya bersara dari dunia pekerjaan pada umur 65 tahun. Sayangnya pada hari pertama pekerjaan, dia hanya menerima cek bernilai $105 kira-kira RM466 daripada kerajaan. Benar-benar tidak menyangka tenaganya seperti tidak dihargai langsung sehingga dia mula memiliki kecenderungan untuk menamatkan sahaja hidup.
Sehinggalah pada suatu hari ketika sedang duduk di bawah pokok sambil menulis hajat, dia terasa seperti ada perkara yang belum lagi dicapai dalam hidup ini.
“Oh, aku ada skill memasak yang hebat. Tak ada pada orang lain!”
Bermodalkan $87, dia membeli ayam dan membuat resepi ayam goreng sendiri. Kemudian, dia mula menjualnya di sekitar kawasan Kentucky, United States.
3 perkara kata Allah sebagai panduan untuk manusia berjaya
Berkongsi Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek di akaun Facebooknya juga menyentuh tentang kisah hidup Atuk KFC ini yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup.
“Renungkan kisah lelaki ini. Ketika umur 65 tahun ada niat nak bunuh diri tapi akhirnya masa umur 88 tahun, Colonel Sanders pemilik dan pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) berjaya menjadi seorang Billionaire. Perniagaannya berkembang pesat sekitar Amerika Syarikat dan seluruh dunia,” katanya.
Tiada istilah terlambat untuk manusia berubah. Tidak kiralah berapa pun usianya sekarang atau seberapa teruk pengalaman yang telah dia lalui.
Bagi orang bukan Islam, jalan perubahan mereka adalah dengan berusaha. Namun dalam agama Islam, ditekankan tiga perkara yang telah Allah SWT berikan panduan iaitu dengan taubat, berusaha, dan tawakkal kepada Allah.
1. Taubat
Perubahan dimulakan dengan bertaubat kepada Allah. Mohon agar Allah ampunkan segala dosa-dosa dan kesalahan lampau yang telah kita lakukan, kesalahan sekarang, dan kesalahan yang akan datang.
Ubah setiap kesilapan itu dengan memperbanyakkan amal soleh. Yang paling penting jangan sesekali tinggalkan solat dan banyakkan berdoa. Pastikan niat sentiasa lurus dan ikhlas hanya kerana Allah.
2. Berusaha
Mereka yang berjaya di dunia dan akhirat bukanlah berusaha dari segi kudrat semata-mata. Namun amal soleh, ibadah, dan takwa juga perlu ditekankan. Jika mahukan kejayaan di dunia pastikan bekal usaha dan kerja keras setanding dengan apa yang diinginkan. Ingat satu perkara, “Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”
3. Tawakkal kepada Allah
Selepas berusaha maka serahkan segalanya kepada Allah dengan bertawakkal. Memang kita merancang untuk berjaya, tetapi apa pun Allah sahaja yang berkuasa untuk menentukannya. Prinsip penting yang perlu kita sematkan dalam hati ialah Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat semua hamba Nya.
Tidak semua yang kita rasa baik pada pandangan kita itu baik juga di pandangan Allah, dan tidak semua yang kita rasa buruk itu buruk juga di pandangan Allah.
Kunci kepada tiga perkara di atas terletaknya pada iman. Yakin pada Allah SWT. Luruskan amal dan ikhtiar hanya kerana Nya. Berserah dan tawakkal pada qada dan qadar Nya. Insha Allah kita akan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Jika tidak di dunia sekalipun, kejayaan di akhirat sudah pasti apabila meletakkan agama yang pertama dalam hidup.
Sumber: Facebook Ustaz Hanafi
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.