Connect with us

Petua

Sambal Belacan Mulberi Pelik Tapi Sedap, Bonda Rozita Kongsi Petua Untuk Hasilkan Rasa Yang Unik Asli Dari Warna Buah

Avatar of hannani juhari

Published

on

sambal belacan mulberi

Sambal Belacan Mulberi Pelik Tapi Sedap, Bonda Rozita Kongsi Petua Untuk Hasilkan Rasa Yang Unik Asli Dari Warna Buah

Sambal belacan memang sesuai dicicah untuk apa-apa juadah sekalipun bersama nasi panas. Bukan sahaja orang Melayu, bahkan bangsa lain pun suka dengan sambal belacan. Untuk sambal biasa, belacan adalah ramuan utama yang digunakan dengan tambahan cili, limau sambal/air asam jawa, dan cili padi. Tetapi apa yang menariknya dari petua Bonda Rozita, menjadikan sambal belacan mulberi pencicah yang wajib di atas meja.

Resepi sambal belacan mulberi hasil air tangan Bonda Rozita

sambal belacan mulberi

Berkongsi Bonda Rozita Ibrahim di laman akaun Facebook miliknya sebuah resepi sambal belacan mulberi serta petua khasiat buah ini yang jarang orang ketahui. Sambal belacan mulberi memang enak dijadikan pembuka selera dan dimakan bersama ikan kukuh atau ikan goreng serta nasi panas.

Bahan-bahannya:

  • Buah mulberi
  • Belacan (sudah digoreng)
  • Bawang merah (sudah digoreng)
  • Cili besar merah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam batu lesung dan tumbukkan ia sehingga lumat.
  2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya untuk menambah rasa.
  3. Tumbukkan lagi sehingga rata.
  4. Sambal belacan mulberi siap dihidangkan.

sambal belacan mulberi

Khasiat dari pucuk, daun dan buah mulberi

Buah mulberi nampak biasa sahaja tetapi khasiat yang luar biasa ramai orang tidak tahu. Mulberi atau nama saintifiknya Morus Alba merupakan keluarha Moracae yang mempunyai beberapa jenis seperti mulberi hitam (M.nigra), mulberi merah (M.rubra) atau mulberi putih (M.alba). Bukan itu sahaja malah ia merupakan ‘saudara’ rapat dengan buah Tin (figs).

Selain Malaysia, negera seperti China, Afrika, Asia, Eropah dan Amerika menjadi tanah yang sesuai untuk pokok mulberi ini hidup. Ia dibiakkan melalui dua cara iaitu kaedah tut (marcotting0 dan kaedah keratan batang (stem cutting).

Pokok mulberi ini boleh diibaratkan seperti pohon kelapa kerana ia mempunyai banyak khasiat tidak hanya buahnya malah daun dan pucuknya juga.

1. Boleh menurunkan kadar kolesterol

sambal belacan mulberi

Menurut Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati mulberi berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh berbanding buah-buahan lain.

2. Mengandungi pelbagai jenis vitamin

Kadar vitamin pada buah mulberi sangat bagus dengan kandungan vitamin C, zat besi yang tinggi, potassium, vitamin E dan K. Kekayaan vitamin padanya secara tidak langsung akan memberikan daya ketahahan tubuh dengan lebih baik dan kuat/

3. Bagus untuk kekalkan kesihatan jantung

sambal belacan mulberi

Kandungan anthocyanins yang berwarna merah dan merah gelap pada mulberi akan memberikan kebaikan kepada kesihatan jantung bagi mengelak proses pengoksidaan LDL (kolesterol jahat).

4. Agen melawan kanser

Daripada kajian di Jepun dan Korea mendapati buah mulberi berupaya mengurangkan kemusnahan osidatif oleh radikal bebas. Bukan itu sahaja,bahkan dalam masa yang sama ia bertindak dalam memperlahankan pertumbuhan sel tumor.

5. Anti-obesiti

sambal belacan mulberi

Buah mulberi rendah kalori dan kaya dengan pelbagai nutrien terutamanya serat, vitamin C, vitamin K, dan sesuai dijadikan snek sihat. Ia memberikan kesan anti-obesiti disebabkan mampu mengurangkan sembelit, dan melancarkan sistem pencernaan. Jadi hendak makkan mulberi setiap hari pun tiada masalah kerana snek ini asli dari pokok.

6. Mengurangkan masalah keradangan

Daun mulberi dipercayai boleh memberi kesan anti-keradangan, anti-obesiti dan beberapa masalah kesihatan lagi. Dari konteks mengurangkan masalah keradangan, mulberi mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Penggunannya banyak diguna pakai sebagai salah satu sumber rawatan tradisional zaman dahulu.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang berguna dan bermanfaat untuk dipraktikkan dan disampaikan kepada orang lain.

Sumber: Facebook Rozita Ibrahim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU