Connect with us

Petua

Serbuk Kunyit Buat Sendiri Dengan Cara Yang Lebih Mudah, Bau Wangi Semerbak Tanpa Bahan Pengawet

Avatar of hannani juhari

Published

on

serbuk kunyit buat sendiri

Serbuk Kunyit Buat Sendiri Dengan Cara Yang Lebih Mudah, Bau Wangi Semerbak Tanpa Bahan Pengawet

Goreng ikan kalau hendak sedap semestinya tambah sedikit serbuk kunyit untuk rasa yang lezat dan warna yang menarik  pembuka selera. Penggunaan kunyit yang sangat meluas dalam masakan memang sudah tidak asing lagi. Sama ada kunyit hidup atau serbuk kunyit yang siap dikisar masing-masing mempunyai kegunaan yang tersendiri dalam masakan. Tahukah anda serbuk kunyit buat sendiri lebih harum baunya dan kekal asli tanpa sebarang bahan pengawet?

Asal usul kunyit sebagai rempah dan ubatan

serbuk kunyit buat sendiri

Kunyit atau nama saintifiknya adalah Curcuma domestica Loir adalah famili dari Zingiberaceae. Ia sejenis tumbuhan yang merupakan bahan rempah bagi memberikan warna kuning cerah khususnya dalam masakan kari orang Melayu dan India. Serbuk kunyit buat sendiri dengar macam susah, tetapi ianya cukup mudah dengan beberapa langkah sahaja.

Dalam sejarah perubatan masyarakat India, mereka mengambarkan kunyit ini sebagai bahan utama antibiotik semula jadi yang sangat baik seperti antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, ‘neuralgia’ (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Selain itu, ia juga dikatakan mampu memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus manusia.

Kunyit sebenarnya berasal dari Asia Tenggara yang mana ketika zaman dulu ia dikenali sebagai tanaman perdagangan yang sudah melebarkan sayapnya hingga ke China, India, Indochina, dan Indonesia. Maka tidak silap jika herba ini dikatakan sangat bernilai pada kehidupan manusia.

serbuk kunyit buat sendiri

Tidak seperti tumbuhan lain, kunyit mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mampu tumbuh sehingga 1 meter tinggi. Membiak dengan cara melalui keratan rizom, ia subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan kawasan terbuka yang mendapat cahaya matahari yang banyak.

Serbuk kunyi buat sendiri tanpa bahan pengawet

Berkongsi di laman Facebook Suez Tiez menceritakan pengalamannya menuai kunyit yang ditanam sendiri dan dijadikan serbuk kunyit.

Cara-cara buat serbuk kunyit sendiri:

  1. Mula-mula cuci sebersihnya kunyit dengan menggunakan berus. Jangan dikupas kulitnya dahulu.
  2. Hiris senipisnya kunyit dengan menggunakan pisau. Kemudian, jemur atau keringkan ia di bawah cahaya matahari. Selalunya masa yang diambil ikut kepada cuaca. Kalau panas terik dari pagi hingga ke petang, kemungkinan tempoh yang diperlukan dalam 2-3 hari sahaja. Untuk alternatif yang lebih mudah dan moden, boleh gunakan oven atau air fryer untuk keringkan kunyit.
  3. Apabila kunyit sudah benar-benr kering, gunakan pengisar untuk kisar kunyit itu sehingga lumat dan halus.
  4. Tapiskan kunyit menggunakan pengayak tepung. Buat berkali-kali proses ini sehingga mendapat serbuk kunyit yang kita mahukan.
  5. Serbuk kunyit sudah siap! Boleh simpankannya ke dalam botol yang bertutup dan kedap udara (balang kaca lebih baik). Ia boleh digunakan untuk masakan atau apa-apa sahaja tujuan yang memerlukan kunyit sebagai bahan utama.
serbuk kunyit buat sendiri

Kunyit yang sudah dibersihkan menggunakan berus

 

serbuk kunyit buat sendiri

Kunyit yang diayak berkali-kali sehingga mendapat tektur serbuk yang halus

 

serbuk kunyit buat sendiri

Sebotol serbuk kunyit yang sudah siap

Tips untuk dapatkan serbuk kunyit yang sama macam kedai

Untuk dapatkan serbuk kunyit homemade yang seakan-akan sama dengan kedai anda boleh pastikan tips di bawah ini diikuti. Antara tipsnya seperti:

  • Kunyit yang betul-betul kering, apabila ditekan ia keras dan garing.
  • Kunyit yang dijemur akan bertukar warna itu keadaan yang normal dan biasa.
  • Kulit kunyit jangan dikupas, memadai hanya dibersihkan kotorannya dari pasir dan tanah untuk kekalkan keaslian.
  • Untuk yang tidak mahu jemur kunyit tersebut dan terus kisar, dicadangkan simpankannya di dalam peti ais kerana tekturnya yang basah boleh rosak apabila letak di luar.
  • Kunyit boleh direbus atau dikukus sebelum dikeringkan untuk menghilangkan kuman dan bakteria dari tanah.

Penggunaan kunyit hari ini tidak hanya untuk masakan atau ubatan. Malah di Malaysia, kunyit banyak digunakan sebagai bahan kosmetik yang laris di pasaran. Dikatakan kunyit memberi 1001 khasiat pada kecantikan dalaman dan luaran seseorang sejak zaman nenek moyang kita lagi seperti membasmi sel kulit mati, mengurangkan masalah jerawat, melembutkan kulit tumit kaki, atasi kulit berminyak, kedutan, dan banyak lagi.

Sumber: Facebook Suez Tiez

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU