Connect with us

Petua

Bagaimana Buat Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Wanita? Ringkas Hanya Gunakan Bahan Mudah Dari Dapur

Published

on

buat air jamu untuk tenaga

Bagaimana Buat Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Wanita? Ringkas Hanya Gunakan Bahan Mudah Dari Dapur

Jamu adalah ramuan tradisional Indonesia pada asalnya yang diamalkan sejak turun temurun dari nenek moyang kita dahulu. Tujuannya untuk mengubati penyakit ringan, mencegah datangnya penyakit, menjaga ketahanan tubuh, dan meningkatkan kesihatan badan. Bahan yang biasa digunakan bersumberkan akar kayu seperti kunyit, halia, serai dan sebagainya. Bagaimana buat air jamu untuk tenaga dan awet muda? Ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujunya.

Tidak susah boleh buat air jamu untuk tenaga wanita di rumah

Orang kata badan hendak pakai lama jadi kesihatan memang perlu diutamakan. Ada kerjaya yang bagus, duit yang banyak pun tiada guna jika sakit. Kesihatan tidak boleh dijual beli tetapi boleh dijaga untuk kekalkan ia sentiasa di tahap yang baik. Berkongsi Sarifa Redzuan di akaun Facebooknya cara-cara untuk buat air jamu untuk tenaga dalaman wanita supaya badan tidak mudah lesu dan lemah.

Bahan-bahannya:

buat air jamu untuk tenaga

  • Halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
  • 1 sudu kecil biji pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil bunga lawang
  • 1-2 sudu madu
  • Beberapa helai daun pudina

Cara-cara membuat:

1. Rebus semua bahan dengan menggunakan 6 cawan air. Sebelum itu pastikan, halia dan serai sudah diketuk terlebih dahulu agar bau aromanya boleh memberikan rasa yang luar biasa pada air nanti.

buat air jamu untuk tenaga

2. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun pudina. Rebus kembali dalam 10 minit.

buat air jamu untuk tenaga

3. Sediakan tapis lalu tapis airnya ke dalam bekas atau cawan. Masukkan juga 1 sudu besar madu untuk seimbangkan rasanya.

buat air jamu untuk tenaga

4. Jamu awet muda untuk tambah tenaga wanita sudah siap untuk dihidangkan! Memang sedap. Rugi siapa tidak rasa.

buat air jamu untuk tenaga

Di rumah, buat air jamu untuk tenaga lebih murah tetapi tidak mengurangkan nilai khasiat yang ada padanya. Lepas minum memang terasa ringan badan dan sakit kepala pun boleh berkurang. Dicadangkan anda minum 1 cawan setiap hari untuk kesan yang lebih baik dan menyeluruh.

Apa yang menarik tentang air jamu ini, ia tidak terlalu pahit seperti kebanyakkan jamu tradisional yang menggunakan 100% bahan asli akar kayu hutan. Tidak kalah hebatnya dengan air jamu di dalam rawatan spa yang berharga sampai ratusan ringgit.

Melegakan resdung dan singkirkan toksin

Selain untuk tenaga dan kecantikan awet muda, resepi rebusan air jamu ini juga boleh meredakan masalah resdung. Caranya steam muka sambil sedut aroma dari air rebusan tersebut. Untuk merawat resdung, penggunaan madu ke dalam air jamu tidak disarankan. Sebaliknya ia hanya sesuai apabila jamu itu diminum sahaja.

Selain itu, air jamu ini dapat menyingkirkan toksin dari rendaman kaki. Hanya tambah beberapa sudu garam kasar, anda akan lihat perubahannya.

Siapa yang lebih suka menggunakan jamu untuk dibuat mandian juga boleh. Rebus bahan-bahan tadi lalu kemudian masukkan ke dalam baldi. Terakhir, tambahkan air bagi suam dan 2-3 cawan garam. Air jamu akan digunakan ketika bilasan akhir nanti. Lagi seronok kalau dapat rebus dan steam badan kita seperti bertangas.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan ll

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.