Connect with us

Petua

Wanita Ini Kongsi Ubat Gout Semula Jadi Dengan 16 Bahan Asli Terpilih, Cara Paling Berkesan Mengembalikan Kesihatan Kaki

Published

on

ubat gout semula jadi

Wanita Ini Kongsi Ubat Gout Semula Jadi Dengan 16 Bahan Asli Terpilih, Cara Paling Berkesan Mengembalikan Kesihatan Kaki

Semakin berusia, semakin banyak penyakit yang pelik-pelik menyerang tubuh badan kita. Ini termasuklah masalah gout yang lazimnya menyerang bahagian kaki. Peliknya, hari ini golongan muda dari lingkungan 24 hingga 30 tahun menghadapi penyakit gout. Dikatakan ia berpunca dari gaya hidup dan pemakanan yang kurang sihat. Artikel pada kali ini kita akan berkongsi tentang petua rawat masalah gout dari ubat gout semula jadi yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Bagaimana gout boleh berlaku?

ubat gout semula jadi

Penyakit gout terjadi berpunca dari pengumpulan asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik ini bahan kumuh yang berasal daripada protein yang dipanggil purin. Kerana kegagalan tubuh menguraikan asid urik kepada urea, inilah yang menyebabkan ia terkumpul di celahan tulang dan menyebabkan batu kristal gout.

Sesetengah kes batu gout yang terbentuk di celahan buah pinggang dan pundi kencing akan menjadikan seseorang itu mendapat batu karang pula.

Tanda-tanda penyakit gout

  • Ibu jari kaki merah, panas, bengkak, dan sakit
  • Selain ibu jari kaki, gout juga boleh menyerang bahagian buku lali atau tumit kaki
  • Sendi menjadi bisa dan sensitif dengan geseran
  • Berlaku pada waktu malam
  • Benjolan besar merah di sendi dan cuping telinga
  • Kerap kencing
  • Seram sejuk ketika tengah malam sehingga menyebabkan badan mengigil dan demam

Petua menggunakan ubat gout semula jadi untuk merawat masalah gout

Gout ini bukanlah satu penyakit yang baru didengar tetapi sudah lama dan pastinya mempunyai rawatan moden juga tradisional yang tersedia. Namun begitu, perkongsiaan dari pengguna Facebook di laman akaunnya Ana Mahabu ada cara yang  begitu unik untuk merawat gout dari ubat gout semula jadi yang boleh didapatkan di dapur rumah anda.

1. Halia

ubat gout semula jadi

Halia bersifat anti radang dan boleh mengurangkan keradangan yang berlaku akibat gout yang dialami. Anda boleh masukkan halia ke dalam makanan yang dimakan setiap hari, atau boleh juga minum air halia.

Cara membuat air halia adalah seperti berikut:

  1. Ambil 1 inci halia, ketuk sehingga hancur.
  2. Ambil satu ketul gula batu atau satu sudu madu asli.
  3. Campurkan kedua-dua bahan tadi dengan satu gelas air panas.
  4. Kacau sehingga sebati.
  5. Minum setiap pagi dan malam.

2. Halia, halba, kunyit dan madu

Minuman halia, halba, kunyit & madu sangat berkesan untuk menghilangkan gout.

Cara-caranya:

  1. Ambil 1 inci halia, ketuk.
  2. Ambil 1 sudu halba.
  3. Ambil 1 sudu serbuk kunyit.
  4. Ambil sedikit madu untuk rasa manis.
  5. Campurkan kesemua bahan tadi dalam satu gelas air panas.
  6. Kacau sehingga sebati. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam.

3. Teh halia

Untuk pesakit gout, amalkan minum teh halia setiap hari. Bancuh teh bersama halia yang diketuk untuk meneutralkan asid urik yang terkumpul dalam badan anda. Apabila asid urik dalam badan anda berkurangan, secara automatik penyakit gout juga akan beransur-ansur hilang.

4. Pes halia

Selain itu, anda juga boleh jadikan halia sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang sakit. Apabila anda diserang kesakitan, anda boleh buat pes halia.

Cara-caranya:

  1. Tumbuk halia sehingga hancur.
  2. Campurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
  3. Tampalkan pada sendi yang sakit.
  4. Biarkan selama satu jam, cuci bersih.
  5. Lakukan setiap kali sendi anda berasa sakit.

5. Epal

ubat gout semula jadi

Buah epal mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dengan cara meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Anda boleh makan sebiji epal setiap pagi dan malam, atau boleh juga dijadikan sebagai jus.

6. Cuka epal

Cuka epal telah lama digunakan di negara barat sebagai ubat gout. Cuka epal yang bersifat asid membantu menghilangkan kesakitan akibat gout dan artritis.

Cara-caranya:

  1. Ambil satu sudu cuka epal
  2. Larutkan dalam satu gelas air suam.
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripa mengambilnya semasa perut kosong.

7. Cuka epal dan madu

Anda juga boleh menambahkan satu sudu madu ke dalam cuka epal untuk diambil setiap hari.

Cara-caranya:

  1. Ambil satu sudu cuka epal & satu sudu madu asli.
  2. Larutkan dalam satu gelas air suam.
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripada mengambilnya semasa perut kosong.

8. Ceri hitam

ubat gout semula jadi

Ceri hitam mempunyai antosianin yang membantu mengatasi keradangan akibat gout. Apabila keradangan berkurangan, sakit anda juga akan hilang. Selain itu, ceri hitam berfungsi untuk membuang toksin dari badan. Ada beberapa cara untuk anda menggunakan ceri sebagai ubat gout iaitu:

Amalkan makan 20 biji ceri hitam setiap hari. Boleh dimakan sekali gus atau sedikit demi sedikit dari pagi hingga malam. Anda juga boleh kisar ceri hitam untuk dijadikan jus.

9. Ceri hitam dan bawang putih

Anda juga boleh amalkan minum jus ceri hitam & bawang putih setiap hari.

Cara-caranya:

  1. Ambil 20 biji ceri hitam.
  2. Ambil satu las bawang putih
  3. Bersihkan dan kisar kedua-dua bahan tadi bersama satu gelas air.
  4. Minum setiap pagi.

10. Jus lemon

ubat gout semula jadi

Lemon yang bersifat asid mempu meneutralkan lebihan asid urik dalam badan anda. Amalkan minum jus lemon setiap pagi dan malam.

11. Lemon dan baking soda

Selain jus lemon, anda juga boleh amalan jus lemon yang dicampur dengan baking soda.

Cara-caranya:

  1. Perah jus dari satu biji lemon.
  2. Campurkan satu sudu baking soda, tunggu sehingga desiran hilang.
  3. Campurkan jus lemon dan baking soda tadi dengan satu gelas air suam.
  4. Minum setiap pagi dan malam.

12. Baking soda

Baking soda mempu mengurangkan asid urik dalam badan dan mengurangkan keradangan akibat gout.

Cara-caranya:

  1. Ambil satu sudu baking soda.
  2. Campurkan dengan satu gelas air kosong.
  3. Minum 4 kali sehari.

13. Pisang

ubat gout semula jadi

Kandungan kalsium dalam pisang mampu mencairkan kristal asid kepada cecair untuk dibuang dari badan melalui sistem perkumuhan. Selain itu, pisang juga membantu mengurangkan bengkak pada sendi sekali gus mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Anda boleh makan 2 biji pisang setiap pagi dan malam untuk mendapat kebaikannya.

14. Pisang dan yogurt

Anda juga boleh campurkan pisang dan yogurt sebagai ubat gout yang berkesan.

Cara-caranya:

  1. Potong 2 biji pisang.
  2. Campurkan pisang tadi dengan satu mangkuk yogurt asli.
  3. Makan 2 kali sehari.
  4. Rasanya sangat sedap, dan ia membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan yang anda alami.

15. Timun

ubat gout semula jadi

Timun yang sejuk mampu meneutral asid urik berlebihan yang ada dalam badan anda. Anda boleh gunakan timun sebagai ubat gout.

Cara-caranya:

  1. Makan timun sebagai ulam setiap hari.
  2. Masukkan menu dalam masakan.
  3. Jadikan timun sebagai jus untuk diminum setiap pagi dan malam.

16. Pes timun

Selain itu, anda juga boleh jadikan timun sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang bengkak dan sakit.

Cara-caranya:

  1. Hancurkan timun sehingga menjadi pes.
  2. Tampalkan pada sendi yang bengkak dan sakit.
  3. Biarkan selama satu jam.
  4. Ulang jika anda masih berasa sakit.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk dicuba sendiri dan disampaikan kepada orang lain. Semoga berkat sumber semula jadi ini, masalah gout anda boleh sedikit berkurang dan insha Allah pulih seperti sedia kala.

Sumber: Facebook ana Mahabu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.