Connect with us

Petua

Bagaimana Tanam Bawang Putih Supaya Cepat Tumbuh & Mudah Dijaga? Cara Ini Paling Berkesan Untuk Cuba

Published

on

tanam bawang putih

Bagaimana Tanam Bawang Putih Supaya Cepat Tumbuh & Mudah Dijaga? Cara Ini Paling Berkesan Untuk Cuba

Sebut sahaja pasal bawang putih, ianya memang menjadi nadi dalam setiap masakan tidak kira makanan barat, makanan tradisional, atau sebagainya. Alangkah seronoknya kalau dapat tanam bawang putih sendiri di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian artikel ini sehingga ke penghujung.

Bawang putih, khasiat tiada tandingan

tanam bawang putih

Bawang putih atau nama saintifiknya adalah Allium sativum adalah tergolong dalam keluarga bawang yang sangat popular. Jika diperhatikan dengan saksama, bentuknya seakan-akan seperti serumpun umbisi yang telah matang. Untuk tanam bawang putih di iklim Malaysia bukanlah usaha yang mudah kerana keadaan cuaca yang lembap dan hujan sepanjang tahun akan meningkatkan risiko penyakit pada tanaman bawang anda.

Oleh kerana itulah tanaman bawang putih ini tidak dikomersialkan di Malaysia dan kita sendiri masih bergantung kepada aktiviti import bawang putih di China dari semasa ke semasa. Namun begitu, untuk tanam bawang putih di rumah ianya tidak mustahil jika anda bijak mencuri “minatnya” untuk tumbuh dengar subur. Antara khasiat bawang putih yang sangat popular kepada kesihatan termasuklah:

  • Banyak komponen yang bersifat perubatan dan digunakan meluas oleh para saintis.
  • Mengurangkan simptom masalah selesema dengan sistem imun yang kuat.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dari komponen istimewanya.
  • Mengawal paras kolesterol sehingga mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat.
  • Mengadungi aktioksida yang membantu mencegah penyakit alzheimer dan demensia.
  • Mencegah risiko kanser dari komponen organo-sulfur untuk menghapuskan sel yang berkaitan barah otak.
  • Membantu kesihatan rambut dan kulit kepala lebih baik kerana ada kesemua vitamin dan mineral yang berperanan untuk mengawalnya seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium.
  • Merawat masalah jerawat kerana mempunyai allicin yang bersifat anti-bakteria dan anti-septik.
  • Mengawal paras gula kerana memiliki sumber vitamin B6 dan C.
  • Mengurangkan risiko keradangan sendi dari komponen spesifik yang terkandung di dalamnya.

Cara kupas dan tanam bawang putih

1. Sebelum kita mula untuk tanam bawang putih, pastikan tahu dahulu cara kupasnya dengan betul. Pertama sekali, rendam beberapa labu bawang putih.

tanam bawang putih

2. Tidak perlu susah menggunakan pisau atau tangan. Hanya gunakan sahaja pencungkil besi ini untuk membuang kulit bawang.

tanam bawang putih

3. Tujuan ia direndam dalam air untuk melembutkan kulit luarannya. Apabila kulit bawang sudah lembut, kulit bawang putih akan sangat mudah dikupas. Bagi yang mahu kupas bawang untuk masakan pun boleh guna cara ini kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.

tanam bawang putih

4. Tidak sampai 2 minit dan siap pun kupas. Cantik dan kemas sahaja.

tanam bawang putih

5. Untuk bahagian seterusnya, kita akan memulakan langkah tanam bawang putih. Pastikan, setiap labu bawang putih direndam dalam gelas berisi air. Kemudian, biarkan ia beberapa hari.

tanam bawang putih

6. Setelah dibiarkan beberap hari, kita boleh nampak tunas sudah semakin jelas tumbuh di bahagian atasnya. Jika anda nampak perubahan seperti itu, jangan lakukan apa-apa. Biarkan sahaja ia tubuh dengan matang lagi.

tanam bawang putih

7. Setelah beberapa hari, bawang putih menunjukkan hasilnya. Daun bawang tumbuh dengan subur. Dan bawang putih sedap dibuat untuk masakan. Tidak perlu pun untuk guna medium tanah yang lebih rumit dan memeningkan kepala.

tanam bawang putih

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna untuk dicuba dan dikongsi kepada orang lain. Kata-kata untuk mengambarkan betapa pentingnya bawang putih ini dalam kehidupan seharian boleh diambil dari Michael Sorrentino, seorang personaliti televisyen di Amerika. Katanya,“The secret ingredient to every meal is love. And also garlic.” Kalau masak jangan lupa bawang putih, takut hilang rasa “umhh” dalam masakan nanti.

Sumber: Tik Tok @sang301101

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.