Connect with us

Petua

Mitos atau Fakta Aiskrim Vanila Untuk Sakit Tekak Boleh Mengurangkan Keradangan? Doktor Ini Kongsi Ilmu Yang Tepat Untuk Diamalkan!

Avatar of hannani juhari

Published

on

ais krim vanila untuk sakit tekak

Mitos atau Fakta Aiskrim Vanila Untuk Sakit Tekak Boleh Mengurangkan Keradangan? Doktor Ini Kongsi Ilmu Yang Tepat Untuk Diamalkan!

Sebut sahaja aiskrim vanila pasti ia sering dikaitkan dengan masalah sakit tekak yang sering kali dialami oleh kita. Ramai yang yakin bahawa aiskrim vanila mampu untuk memberikan kelegaan bagi rasa pedih dan perit di tekak akibat bakteria Kumpulan A Streptococci ini. Namun sejauh mana aiskrim vanila untuk sakit tekak benar-benar memberikan fungsi yang sedemikian? Ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujungnya.

Makan aiskrim vanila untuk sakit tekak perlu dielakkan

ais krim vanila untuk sakit tekak

Berkongsi Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya Mazliana Mazlan berkata bahawa aiskrim vanila untuk sakit tekak adalah cara yang perlu dielakkan selepas ini. Hal ini kerana, aiskrim inilah yang sebenarnya menyebabkan radang tekak tidak pun pulih atau sembuh seperti sedia kala.

Bahan yang dimomokkan menjadi sebab utama kelegaan pada sakit adalah ais. Pada umumnya, ais memang boleh mengurangkan sakit. Contohnya, bila kita joging di padang lalu tiba-tiba terjatuh dan lutut mulai lebam, ais boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak di kaki. Fungsi ais ini akan mengurangkan rasa sakit.

Dalam konteks sakit tekak pula, ais akan mengurangkan rasa sakit di tekak. Namun demikian, pemilihan ais yang betul tidak akan menambahkan keradangan pada tekak yang sudah sedia sakit.

Aiskrim vanila mengandungi gula yang tinggi penyebab jangkitan kuman semakin teruk

Sesekali sebelum membeli aiskrim vanila cuba anda perhatikan kandungan yang terdapat pada label produk terlebih dahulu. Dalam aiskrim vanila terdapat banyak ramuannya seperti gula, pewarna tiruan, pengawet, dan sebagainya.

ais krim vanila untuk sakit tekak

Kandungan gula yang tinggi sebenarnya akan menyebabkan jangkitan bakteria dan kuman bertambah teruk. Gula adalah makanan bagi bakteria. Apabila kita makan aiskrim vanilla, ibaratnya seperi kita memberikan baja bagi kuman untuk bertambah aktif memberi jangkitan pada tekak sehingga lambat sembuh dari radang tekak itu.

Homemade aiskrim vanila juga tidak mengurangkan sakit tekak

Hari ini ramai yang lebih suka untuk buat sendiri makanan-makanan ringan untuk anak-anak termasuklah aiskrim. Buat aiskrim vanila di rumah tidak terkecuali kerana banyak resepi yang telah dikongsikan di laman sosial.

ais krim vanila untuk sakit tekak

Kenyataannya, aiskrim vanila yang dibeli di luar atau aiskrim vanila yang dibuat sendiri di rumah, kedua-duanya meninggalkan kesan yang negatif kepada sakit tekak. Jika aiskrim vanila di luar mengandungi gula yang tinggi, sebaliknya aiskrim vanila homemade ini dibuat daripada susu segar dan gula organik yang menyebabkan keradangan dan memekatkan lagi kahak.

Resepi aiskrim dari buah betik pilihan yang tepat

Dr Mazliana Mazlan juga turut mengakui bahawa dulu dia juga belum mendapat kesedaran bahawa makanan proses ini sebenarnya tidak mengurangkan rasa sakit tekak. Namun lama kelamaan, kesedaran ini baru timbul.

Walau bagaimanapun, makan aiskrim ketika tidak sihat bukanlah menjadi satu kesalahan. Yang penting, pastikan pemilihan aiskrim itu tepat iaitu tidak bergula, dari sumber buah-buahan dan tidak memberikan kesan buruk pada sakit kita. Ini adalah resepi aiskrim betik yang boleh anda cuba sendiri di rumah untuk mengurangkan rasa sakit tekak.

ais krim vanila untuk sakit tekak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Betik
  • Madu

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan buah betik yang sudah dicuci dan dipotong ke dalam pengisar.
  2. Kemudian, sebagai pilihan boleh tambahkan sedikit madu sekiranya buah betik tawar. Namun jika buah betik yang digunakan sudah manis, tidak perlu tambahkan madu lagi.
  3. Kisarkan semua bahan sehingga hancur dan lumat.
  4. Seterusnya, masukan bahan yang sudah sebati itu ke dalam aiskrim mould.
  5. Sejukkan aiskrim dalam freezer.
  6. Setelah beberapa jam atau semalaman ditinggalkan, aiskrim betik sedia untuk dimakan.

Selain aiskrim dari buah betik, anda juga boleh gunakan buah naga dan pisang juga. Buah naga dan pisang mengandungi nutrisi yang baik untuk meningkatkan imun badan seseorang bertambah kuat serta menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit.

ais krim vanila untuk sakit tekak

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan pembaca ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dan dikongsikan bersama. Semoga selepas ini, kita lebih peka untuk membezakan diantara mitos dan fakta khususnya apabila ia melibatkan penyembuhan kepada sesuatu penyakit.

Sumber: Mazliana Mazlan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU