AGAMA
[Khutbah Al-Wada] Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W, Pesanan Penting Untuk Umat Manusia
[Khutbah Al-Wada] Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W, Pesanan Penting Untuk Umat Manusia
Pentingnya peringatan Nabi SAW dalam khutbah ini dapat difahami daripada kata-kata baginda: “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.” (Riwayat Muslim)
Ungkapan “Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini” sebenarnya meny3ntap jiwa yang mendengarnya. Cinta kita kepada sebaik-baik makhluk Allah ini pastinya akan membuatkan kita berasa sayu dan terharu dengan ungkapan yang mendalam maknanya. Seolah-olah baginda sudah merasakan hampir saatnya baginda kembali kepada Allah.
Permulaan khutbah dengan ungkapan yang meny3ntuh perasaan seperti ini pasti menarik perhatian pendengar untuk mengikuti setiap patah ucapan Nabi Muhammad SAW dalam khutbah itu dengan penuh perhatian. Kaedah ini adalah antara cara paling berkesan untuk menarik perhatian audien kepada sesuatu khutbah atau ucapan.
Pertamanya, adalah berkaitan hak asasi manusia iaitu kesucian d4rah manusia yang wajib dijaga daripada segala jenis penc4bulan. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Dar4h dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. Ia mesti dihormati seperti keh0rmatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan keh0rmatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).” (Riwayat Muslim)
Ingatan kita kepada khutbah Wada’ ini sepatutnya dapat memuhasabah apa yang sedang berlaku kini. Banyak penc4bulan hak asasi manusia seperti hak beragama dan menjalani kehidupan dengan bebas dan beribadat. Begitu juga penc4bulan hak sebagaimana yang berlaku di Pal3stin yang dijajah Isr43l.
Malah, kez4lim4n juga berlaku di negara Islam dalam kalangan sesama Muslim. Oleh itu, tepatlah pesan baginda: “Kembalikan h4rta yang diaman4hkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.” (Riwayat Muslim)
Sepatutnya peringatan Nabi SAW dalam khutbah ini sentiasa diulangkaji setiap tahun supaya umat Islam mendapat pengajaran dan membetulkan keadaan.
Perkara kedua yang disentuh oleh Rasulullah SAW ialah berkaitan kemuliaan wanita. Dalam Islam, tiada perbezaan di sisi Allah SWT bagi sesiapa yang mentaati-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan memb4las mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97)
Oleh itu, baginda SAW berpesan dalam khutbah ini: “Terimalah pesananku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kem4luan mereka dengan kalimah Allah.” (Riwayat Muslim)
Seterusnya baginda Rasulullah SAW mengingatkan kita kepada mus0h utama manusia iaitu sy4itan. Baginda memberi am4ran bahawa sy4itan pasti meny3satkan manusia dan tidak akan berhenti selamanya.
Perkara ini sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya sy4itan adalah mus0h bagi kamu, maka jadikanlah dia mus0h (yang mesti dijauhi t!pu day4nya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk ner4ka.” (Surah Fatir, ayat 6)
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah sy4itan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah sy4itan, sesungguhnya sy4itan itu sentiasa menyuruh (pengikutnya) melakukan perkara k3ji dan perbuatan mung.k4r. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih daripada d0sa selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 21)
Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam kepada dua sumber utama yang menjamin kehidupan manusia agar tidak s3sat di dunia ini. Sumber itu ialah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.
Akhirnya, selepas selesai menyampaikan khutbah, Nabi SAW membacakan firman Allah SWT: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3)
Sumber: Penulis Ketua Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan UM, Bachok, Kelantan Via Harian metro
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah