Connect with us

AGAMA

Kerajaan Arab Saudi Mendedahkan Imej Makam Nabi Ibrahim Yang Tidak Pernah Didedahkan Kepada Umum Sebelum Ini

Published

on

weugierui

Kerajaan Arab Saudi Mendedahkan Imej Makam Nabi Ibrahim Yang Tidak Pernah Didedahkan Kepada Umum Sebelum Ini

kerajaan Arab Saudi bertindak mendedahkan imej Makam Nabi Ibrahim yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci menjelaskan gambar yang beresolusi tinggi itu diambil menggunakan teknik baharu iaitu ‘stacked panaromic focus’ sama seperti gambar Hajarul Aswad. Imej Makam Nabi Ibrahim dikeluarkan sehari selepas mengeluarkan imej batu Hajarul Aswad.

Screenshot 30 1

Makam berkenaan turut merangkumi batu yang mengabaadikan bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika berdiri untuk membina Kaabah apabila temboknya semakin tinggi. Batu berkenaan dilitupi emas, perak dan diletakkan dalam bingkai bercermin bagi memelihara jejak kaki Nabi Ibrahim.

Dalam siri ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter, Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyertakan beberapa keping gambar yang menampilkan sisi tempat suci itu, yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Screenshot 31 1

Screenshot 32 1

Berdasarkan gambar, Makam Nabi Ibrahim itu adalah sebutir delima dari syurga, yang terletak di depan pintu Kaabah, iaitu antara 10 hingga 11 meter di timur Kaabah, menuju ke Safa dan Marwah.

Menurut Presiden, bahawa tempat suci itu ialah batu arkeologi segi empat itu berukuran 40 sentimeter(cm) panjang, 20 cm tinggi dan 20 cm lebar, di mana Nabi Ibrahim berdiri ketika pembinaan dinding Kaabah semakin tinggi.

Screenshot 33 1

Warna batu itu pula ialah kekuningan dan putih kemerahan, dengan bekas tapak kaki berukuran 27cm panjang dan 14cm lebar terletak di tengah batu berkenaan.

Berdasarkan kepercayaan Islam, Allah menurunkan Batu Hitam dan batu makam itu dari syurga kepada Nabi Ibrahim serta Ismail, selepas mereka diarahkan untuk mengangkat tapak Kaabah.

Batu keramat ditanda kesan dua bekas tapak kaki dan menurut sejarah, ia kekal berada di sisi Kaabah sebagai antara mercu tanda utama Makkah.

Apabila Nabi Muhammad menawan kota Makkah, baginda bersama sahabat-sahabat mengambil keputusan untuk mengalihkan batu itu dari lokasi asal berdekatan Kaabah ke lokasi sekarang, sejauh lebih 10 meter.

Ia dilakukan bagi memudahkan urusan melakukan tawaf dan memberi ruang kepada orang ramai untuk solat di belakang batu suci itu, seperti terkandung dalam Al-Quran.

Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Sumber : BeritaHarian dan Haramain Sharifain

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.