Connect with us

INFO

Kembara Mahkota Johor 2023: Tentatif, Laluan Dan Aktiviti Berlangsung

Published

on

Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor 2023 – Tentatif Penuh

Kembara Mahkota Johor atau juga dikenali sebagai KMJ merupakan program bersama rakyat yang diterajui oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Untuk pengetahuan anda, KMJ dimulakan pada tahun 2001 dan merupakan cetusan Sultan Ibrahim yang pada ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor. 

Kembara Mahkota Johor

Program Kembara Mahkota Johor ini diwujudkan bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. 

Dalam kembara ini, keluarga diraja Johor akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.

Kali terakhir acara ini diadakan pada tahun 2019 dan dihentikan sementara akibat wabak pandemik COVID 19. 

Kembara Mahkota Johor kini kembali menemui rakyat Setelah lebih kurang tiga tahun tidak diadakan. Rakyat Johor pasti tertunggu-tunggu acara khas ini!

Tarikh Kembara Mahkota Johor 2023 & Tema

KMJ 2023 akan berlangsung bermula pada 5 hingga 8 Ogos 2023, iaitu selama 4 hari berturut-turut dengan tema  “Alam Sekitar dan Suasana Perkampungan”.

Acara selama empat hari ini bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer dan melintasi 10 buah daerah di negeri Johor. 

Kembara Mahkota Johor

BACA JUGA: Bantuan Raja Sehari | Bantuan RM1000 Kepada Pasangan Pengantin Baru Johor

Tentatif dan Laluan Kembara Mahkota Johor 2023

TarikhMasaLaluan 
5 Ogos 2023 (Sabtu) 8.30 pagiIstana Pasir Pelangi (Pelepasan)
9.30 pagiJohor Bahru; 

– Kulim Eco-Trail Retreat

– Kampung Ayer Putih, Ulu Tiram

12 tengahariKota Tinggi – Dewan Felda Bukit Aping Timur (makan tengahari)
3.20 petang Mersing – Kampung Stay, Teluk Buih, Mersing
5.10 petangMersing – Pantai Mawar (bermalam)
6 Ogos 2023 (Ahad) 8.15 pagiMersing – Pantai Mawar
9.15 pagiKluang – Sungai Teminggol, Kg Sri Lukut
11.45 pagiKluang – Pekan Paloh (ramah mesra bersama rakyat)
1.00 petangSegamat – Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Labis (makan tengahari)
3.45 petangTangkak – Sagil  (ramah mesra bersama rakyat)
4.25 petangTangkak – Taman Negara Gunung Ledang (bermalam)
7 Ogos 2023 (Isnin) 8.45 pagiTangkak – Taman Negara Gunung Ledang
9.15 pagiTangkak – Sawang Ring
11.30 pagiMuar;

– Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara

– Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam (makan tengahari)

2.30 petangBatu Pahat – Pusat Pertanian Parit Botak
4.30 petangBatu Pahat (bermalam)
8 Ogos 2023 (Selasa) 8.30 pagiPantai Minyak Beku, Batu Pahat 
10.00 pagiPontian – Taman Rekreasi Rambah
12.15 tengahariKulai – Kompleks Penghulu Sedenak (makan tengahari)
3.00 petangIstana Pasir Pelangi (Penamat)

 

Aktiviti Sepanjang KMJ 2023

Untuk mengetahui pelbagai aktiviti sepanjang KMJ 2023 berlangsung, anda boleh rujuk Facebook Tourism Johor untuk maklumat terkini. 

Maklumat Lanjut

Ikuti Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk sebarang maklumat lanjut dan update terkini mengenai KMJ 2023. 

 

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 230827 0000

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

​Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.

Perbualan Di Tepi Liang Lahad

​Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.

“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.

​Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”

​Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:

“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”

​Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.

Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah

​Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.

​Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”

​Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.

​Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit asal: fatinmzri

Continue Reading

INFO

Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 221418 0000

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI

​Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).

​Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.

​Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

​Al-Fatihah. 🤲🏻

Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds

Continue Reading

INFO

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 155146 0000

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

(more…)

Continue Reading

Trending