Pendidikan
Yayasan Sultan Ibrahim Sumbang 5,000 Cermin Mata kepada Murid B40 Johor

YAYASAN Sultan Ibrahim Johor (SIJF) dengan kerjasama Season Optical dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menaja cermin mata bernilai RM1,000,000 kepada 5,000 pelajar sekolah rendah B40 di seluruh Johor.
Majlis penyampaian telah disempurnakan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Johor baru-baru ini. Bantuan berbentuk baucar tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIJF, Fadhly Suffian Laili kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon.
Yayasan Sultan Ibrahim Sumbang 5,000 Cermin Mata
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung, dan Ketua Pegawai Operasi, Daniel Lor.
Daniel berkata, melalui pengalaman program penajaan sebelum ini, mereka telah membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan proses pengagihan cermin mata yang lebih baik kepada pelajar yang memerlukan di seluruh Johor.
“Bagi mempercepatkan proses mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun, kami akan mengedarkan Carta Pemerolehan Visi ke semua sekolah di Johor di mana guru di sekolah tersebut boleh menjalankan saringan tahap pertama dan merujuk pelajar yang memerlukan bantuan tersebut kepada kami,” kata Daniel.
“Memandangkan kelas dalam talian dijalankan dalam situasi semasa ini, kami akan menyediakan kanta UV Nex yang boleh menyekat 99% sinaran UV untuk melindungi mata mereka daripada menjadi lebih teruk akibat menghadap skrin computer berjam-jam lamanya.
“Bingkai cermin mata yang disediakan juga boleh dibengkokkan dan sangat tahan. Ia boleh menanggung sehingga 90kg berat, justeru pelajar dan ibu bapa boleh mengurangkan kebimbangan apabila mereka mengenakan cermin mata tersebut semasa menjalani aktiviti dalaman atau luaran.
Md Said Md Daimon mengucapkan terima kasih kepada SIJF dan Season Optical atas sokongan berterusan mereka dalam membantu pelajar B40 di Johor.
“Pelajar yang tidak mampu membeli cermin mata sebelum ini akan mendapat manfaat daripada sumbangan ini dan saya ingin mewakili mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak yayasan dan Season Optical kerana meneruskan inisiatif ini untuk terus membantu lebih ramai pelajar,” katanya. – SM
Sumber:Suara Merdeka
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah