INFO
ILTIZAM Anak Selangor 2023: Bantuan Bayi Baru Lahir RM500

ILTIZAM Anak Selangor 2023: Bantuan Bayi Baru Lahir RM500 (Cara Memohon & Syarat Kelayakan)
ILTIZAM Anak Selangor 2023: Bantuan Bayi Baru Lahir RM500 (Cara Memohon & Syarat Kelayakan) ~ Makluman kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai bayi baru lahir di Negeri Selangor, anda boleh memohon bantuan bayi baru lahir sebanyak RM500 untuk setiap anak di bawah Program Iltizam Anak Selangor.
Baca info lebih lanjut mengenainya di bawah.
Program ILTIZAM Anak Selangor 2023
Program ILTIZAM Anak Selangor 2023 adalah merupakan skim di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.
Program ini mensasarkan seramai 30,000 penerima yang terdiri daripada bayi baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.
Wang tabungan di akaun Simpanan SSPN Prime tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas.
BACA: Pengeluaran – Bantuan Hilang Upaya KWSP RM5000 | Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Syarat Kelayakan
Ibu Bapa / Penjaga;
- Warganegara Malaysia
- berumur 18 tahun ke atas
- Sedang menetap di Selangor
- Pengundi berdaftar di Selangor
Anak;
- Kelahiran bermula tahun 2022
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor
- Sedang menetap di Selangor
Tarikh Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2023
Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2023 ini dibuka sehingga mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat. Oleh itu, anda boleh cuba membuat permohonan sebaik sahaja anak anda dilahirkan.
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
Cara Permohonan
Untuk memohon, anda boleh layari pautan berikut: https://anas.yawas.com.my/.
Atau, dapatkan borang permohonan di pejabat DUN terdekat untuk permohonan secara manual.
Dokumen Diperlukan
Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:
- Salinan sijil kelahiran anak
- Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
- Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
- Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
- Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)
Semakan Status
Setelah membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui pautan berikut: https://anas.yawas.my/online/permohonan.php
Kemudian, masukkan maklumat No MyKid anak anda.
NOTA: Kelulusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel yang telah didaftarkan – Pastikan anda daftar emel yang aktif.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari/hubungi:
- Laman web : https://anas.yawas.my/online/
- Telefon : +03 5481 8800
- E-mel : pertanyaan.yawas@admin
INFO
”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat
Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.
Perbualan Di Tepi Liang Lahad
Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.
“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.
Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”
Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:
“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”
Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.
Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah
Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.
Rindu Yang Tiada Penghujung
“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”
Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.
Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin
Kredit asal: fatinmzri
INFO
Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI
Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).
Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.
Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds
INFO
Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah







