Connect with us

SEMASA

BINGKAS Selangor 2022 (RM300/bulan) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Published

on

BINGKAS SELANGOR 2022

BINGKAS Selangor 2022 (Bantuan RM300/bulan)

Tahukah anda, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi membantu keluarga yang berkelayakan. 


BINGKAS Selangor 2022

BINGKAS Selangor 2022 adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan yang memperuntukkan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program ini. 

Bantuan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta dan jangkaan 180,000 penerima manfaat.

BACA JUGA: Skim Agihan Bina Rumah | Bantuan Rumah Percuma Guru KAFA


Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.

Urusniaga pembelian untuk penerima bantuan ini adalah secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).


Syarat Kelayakan

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan

Cara Membuat Permohonan (Baru)

  1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.

Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavplay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.

  1. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di www.bingkasselangor.com
  2. Permohonan yang dibuat mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. 

Dokumen Pendaftaran Yang Diperlukan

* Sila pastikan setiap dokumen yang dimuatnaik adalah betul dengan mengikut turutan ‘column’.

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan
  3. Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)
  4. Salinan semakan SPR
  5. Salinan Kad OKU (jika berkaitan)
  6. Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)


NOTA: Penerima / Pemegang Kad Kiss (Kasih Ibu Smart Selangor) Yang Masih Aktif:  Nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. 

Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet (rujuk sini untuk cara-cara mengaktifkan: shorturl.at/amqwH)  melalui aplikasi Selangkah. Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian: 03-7772 9121 

Atau, melalui Whatsapp di talian: 011-23380075

  • Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600
  • Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat
  • Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | bingkasbantuan@wavpay.net
  • Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending