INFO
ePrasekolah 2023: Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan Kemasukan
ePrasekolah 2023: Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan Kemasukan
ePrasekolah 2023: Makluman kepada para penjaga dan ibu bapa, anda boleh membuat semakan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2024 secara dalam talian atau manual.
Sila rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA: Permohonan Sekolah Khusus 2024 / 2025: Tarikh – Tarikh Penting
Tarikh Semakan Penempatan – ePrasekolah
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2024 akan dibuka bermula 5 Ogos 2023.
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM.
Cara Membuat Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah 2024
Sekiranya anda telah membuat permohonan, semakan boleh dilakukan menggunakan cara berikut:
- Secara Dalam Talian (Online): Melalui laman sesawang KPM di pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my
- Secara Manual: Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.
Status permohonan menunjukkan “Berjaya” sekiranya permohonan anda telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
Sekiranya selain daripada itu; anda boleh rujuk status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemaskini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my
Rayuan boleh dilakukan bermula dari 5 hingga 20 Ogos 2023.
NOTA:
- Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my bermula 10 September (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi ibu bapa / penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD / PPW.
- Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan sekiranya rayuan berjaya.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KPM melalui pautan berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my/
Selamat bersekolah dan semoga berjaya!
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah