Connect with us

Jawatan Kosong

PDP-PAKK | Cara Memohon Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Avatar of Admin NP

Published

on

PDP-PAKK

PDP-PAKK | Cara Memohon Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memohon Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) bermula Oktober nanti.

Program ini dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BACA JUGA: PPAS | Skim Pinjaman Desktop & Laptop Secara Percuma Untuk Semua!


PDP-PAKK

PDP-PAKK

Untuk pengetahuan anda, PDP-PAKK adalah merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Objektif utama program ini adalah untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Tempoh Pengajian: Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester


Syarat Kelayakan

Syarat Umum:-

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian
  • Pendidikan Malaysia (KPM)

Syarat Akademik:-

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau
  • gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu
  • dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:
  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).


Yuran Pengajian

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

Semester 1 (RM1470.00)
Semester 2 (RM1020.00)
Semester 3 (RM1020.00)
Semester 4 (RM1020.00)
Semester 5 (RM1020.00)
Semester 6 (RM2280.00)

Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00
Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00
Jumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00


Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.


Cara Membuat Permohonan

PENTING: Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
  • Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
  • Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
  • Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
  • Salinan Permit Mengajar Yang Sah
  • Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:

Atau, rujuk soalan lazim: https://sites.google.com/view/pdppakk/soalan-lazim

Atau, sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
E-mel: jpp@ipgm.edu.my

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.