SEMASA
Bantuan AM Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Bantuan AM Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1
Untuk makluman anda, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan kepada Tingkatan 6 Semester 1 untuk sekolah luar Wilayah Persekutuan.
Bantuan AM Persekolahan Tingkatan 6
Bantuan AM Persekolahan Tingkatan 6 ini boleh di pohon menerusi borang permohonan yang telah disediakan secara dalam talian atau di cawangan PAZA MAIWP.
Antara objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pengajian di Tingkatan 6.
Permohonan DIBUKA bermula 19 JULAI 2022 bagi PERMOHONAN BARU TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 SEKOLAH LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN.
Manakala, tarikh tutup permohonan pula sebulan selepas tarikh tersebut iaitu pada 19 Ogos 2022. Oleh itu, sila hantarkan borang permohonan anda sebelum 19 Ogos 2022.
Syarat Permohonan
- Beragama Islam
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
- Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
- Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati di laman web rasmi MAIWP melalui pautan berikut:www.maiwp.gov.my atau di Cawangan PAZA MAIWP.
- Untuk permohonan secara online, sila layari laman web berikut : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan.
- Kemudian, muat turun borang permohonan, atau klik sini:
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
Kaedah Penghantaran Borang Permohonan boleh dihantar sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (Bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh hubungi pihak MAIWP :
- Kuala Lumpur : 019-2008458
- Putrajaya : 011-59496216
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah