Connect with us

SEMASA

Politeknik & Kolej Komuniti 2022 | Hebahan Semakan Keputusan Kemasukan & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan

Published

on

Politeknik & Kolej Komuniti

HEBAHAN SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK PROGRAM SEPENUH MASA 2022 & CETAKAN SURAT TAWARAN / BORANG JAWAPAN

Sukacita dimaklumkan terutamanya kepada pelajar yang telah memohon kemasukan ke Politeknik atau ke Kolej Komuniti.

Anda kini boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Ambilan 2022/2023 Program Sepenuh Masa mulai 22 Julai 2022 ini.

Politeknik & Kolej Komuniti 2022

BACA JUGA: Pengharaman Vape & Rokok Bagi Individu Lahir Selepas 2005 – Menteri Kesihatan


Kemasukan Ke Politeknik 2022

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan Pada tahun 1969.

Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).


Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Bagi Sesi I 22/23

Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 (Permohonan Melalui UPUONLINE, anda boleh membuat semakan keputusan bermula 22 Julai 2022 (pukul 12 tengah hari) di pautan berikut:

  • https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my

Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, cetakan surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my


Permohonan Rayuan

Manakala, bagi calon yang tidak berjaya ke Politeknik, anda boleh membuat rayuan bermula dari 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my

Atau, hubungi: 03 8870 8200


Bagi Lepasan SPM 2018 dan ke bawah serta lulusan selain SPM (Permohonan Mulai UPUONLINE)

Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 hingga 31 Julai 2022 di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my

Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti, RAYUAN boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 di pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:

  • Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
  • No Pejabat: 0388883837 (waktu pejabat)
  • WhatsApp: 0198683738 (www.wasap.my/60198683738/intakepolycc2022)
  • Web: http://ambilan.mypolycc.edu.my

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti

Kategori Rayuan
A. Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021

(Permohonan Melalui UPUONLINE)

Bagi calon yang tidak berjaya ke Politeknik, rayuan boleh dibuat mulai 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE.

Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my.

B. Lepasan SPM Tahun 2018 dan ke Bawah

C. Lulusan Selain SPM

(Permohonan melalui eborang POLYCC )

Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA & ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 di http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan / Cetakan Surat Tawaran Politeknik & Kolej Komuniti 2022

Sila rujuk tarikh-tarikh berikut untuk semakan panggilan dan sesi temuduga.

Diploma Sepenuh Masa Politeknik
A. Permohonan melalui UPU
Borang Permohonan dibuka 04 Februari 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Panggilan Temuduga 09 Mei 2022
Sesi Temuduga 19-23 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan 22 Julai 2022
Cetakan Surat Tawaran 25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan dibuka 22 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan ditutup 31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan 22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
B. Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka 31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Panggilan Temuduga 08 Julai 2022
Sesi Temuduga 11-15 Julai 2022
Semakan Keputusan Permohonan 25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka 25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup 31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan 22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:

Senarai Program & Syarat KemasukanYuran

 
Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti
A. Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti
Borang Permohonan dibuka 31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan 25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:

Senarai Program & Syarat KemasukanYuran

 
Diploma Separa Masa Politeknik (KSS)
Ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
 
Sijil Kolej Komuniti
Permohonan melalui UPU
Borang Permohonan dibuka 04 Februari 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan 22 Julai 2022
Cetakan Surat Tawaran 25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti
Borang Permohonan dibuka 31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan 25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:

Senarai Program & Syarat KemasukanYuran

 
Sijil Kemahiran Khas Politeknik
Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka 31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup 28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan 25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka 25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup 31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan 22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:

Senarai Program & Syarat KemasukanYuran

 
Sarjana Muda Politeknik
Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka 17 Mei 2022
Borang Permohonan ditutup 15 Julai 2022
Semakan Panggilan Temuduga 23 Julai 2022
Sesi Temuduga 26-27 Julai 2022
Semakan Keputusan Permohonan 12 Ogos 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka 12 Ogos 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup 21 Ogos 2022
Semakan Keputusan Rayuan 26 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajar bermula 05 September 2022
Maklumat lanjut:

Senarai Program & Syarat KemasukanYuran

Tarikh Kemaskini: 22 Julai 2022
* TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Anda boleh menghubungi talian/emel berikut:

  • Telefon: 03-8888 3837
  • Faks: 03-8888 2733
  • E-mel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!