Connect with us

SEMASA

TERKINI: Pengharaman Vape & Rokok Bagi Individu Lahir Selepas 2005 – Menteri Kesihatan

Published

on

Pengharaman Vape & Rokok

TERKINI: Pengharaman Vape & Rokok Bagi Individu Lahir Selepas 2005 – Menteri Kesihatan

Untuk makluman anda, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membentangkan sebuah akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.

Akta ini akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen pada bulan ini (Julai). 

Menurut beliau lagi, rang undang-undang (RUU) tersebut sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara.


Vape & Rokok, Berbahaya Kepada Kesihatan

Seperti yang kita semua tahu, terdapat banyak keburukan vape dan rokok untuk kesihatan. Namun begitu, penggunaan vape dan rokok tidak pernah berkurang malah semakin bertambah saban tahun. Bahkan, ia turut menjadi ‘trend’ dalam kalangan anak muda yang masih bersekolah. 

Pengharaman Vape & Rokok

Di hospital pula, tidak kurang golongan muda yang sudah menerima akibatnya terpaksa menjalankan rawatan intensif disebabkan pelbagai penyakit akibat vape dan rokok ini. 

Lebih menyedihkan, golongan muda didapati makin ramai terpaksa mendapatkan rawatan intensif akibat tabiat buruk ini. 

Menerusi perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vape bukanlah penyelamat atau alternatif yang baik bagi perokok malah ia boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan. 

Antaranya ialah gangguan pada perut dan usus, iritasi mata, tekak, saluran pernafasan, kerosakan organ dalaman dan pelbagai lagi. Kes yang terkenal ialah EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) dilaporkan akibat penggunaan rokok elektronik.

BACA JUGA: Tawaran Diskaun Saman PDRM 30% Bermula 26-27 Julai 2022


Pengharaman Vape & Rokok Bagi Individu Lahir Selepas 2005

Walaupun ramai pihak yang mengharapkan agar kerajaan melarang sepenuhnya penggunaan serta penjualan rokok elektronik (vape) seperti Thailand, Singapura dan Brunei. Namun akta yang bakal dibentangkan ini merupakan langkah pertama yang perlu disokong. 

Melihatkan trend yang semakin membimbangkan ini, cadangan melarang generasi lahir selepas 2005 membeli atau memiliki produk rokok termasuk vape perlulah disokong Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.


Pelan Generasi Penamat

Pelan Generasi Penamat perlulah disokong bagi menguatkuasakan pengharaman rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas 2005, sekaligus menurunkan peratusan merokok sehingga kurang 5.0 peratus seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


KJ Minta Ahli Parlimen Sokong RUU Kawalan Tembakau dan Rokok

Sebanyak 53 organisasi bukan kerajaan (NGO) dan profesional turut menggesa beberapa Ahli Parlimen yang menentang RUU kawalan tembakau dan merokok agar terus berikan sokongan kepada akta itu.

Dalam satu sidang media, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga meminta agar ahli parlimen yang lain teruskan menyokong akta ini. 

“Saya minta semua Ahli Parlimen jangan bantah RUU ini, kalau pemegang taruh utama dah setuju harap Ahli Parlimen semua pun setuju,” katanya pada sidang media.

Jika diluluskan, RUU itu bukan saja menghalang penjualan rokok dan produk tembakau, malah produk vape kepada individu lahir selepas 2005.

Semoga akta ini dapat diluluskan agar generasi akan datang dapat menjalankan kehidupan dengan lebih baik. 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.