Connect with us

INFO

Promosi Tealive Sehingga 13 Ogos – Rujuk Cara Redeem Di sini

Avatar of Admin NP

Published

on

tealive

Promosi Terkini Tealive Sehingga 13 Ogos – Sempena PRN 2023

Buat penggemar Tealive, ini berita baik buat anda! Bermula 25 Julai 2023, anda boleh dapatkan minuman kesukaan anda dengan harga serendah RM6 untuk satu pilihan berdasarkan syarat yang ditetapkan. 

Jom baca lebih lanjut mengenai promosi ini di bawah. 

Tealive Lancarkan Kempen Jualan Rahmah – Promosi PRN 6 Negeri

Promosi untuk setiap minuman terpilih ini telah dilancarkan melalui kempen Jualan Rahmah di bawah inisiatif Payung Rahmah. Kempen ini digelar sebagai Promosi PRN 6 Negeri

Hal ini adalah bertujuan sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya keluar mengundi sepenuhnya pada pilihan raya Negeri di enam Negeri pada 12 Ogos 2023. 

tealive

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, menjanjikan sokongan Tealive terhadap inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. 

Disamping itu, kempen PRN6 ini juga diwujudkan kembali susulan kejayaan promo Pilihan Raya Umum tahun lepas.

Promosi PRN6 Negeri

Melalui promosi ini, Tealive menawarkan enam minuman terpilih pada harga RM6 setiap satu.

Promosi berlangsung di seluruh negara bermula 25 Julai sehingga 13 Ogos 2023. Hari mengundi pula akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 di 6 negeri. Jangan lupa turun mengundi dan dapatkan pilihan minuman anda melalui promosi ini!

Pilihan Minuman

tealive

Berikut ialah 6 pilihan minuman yang mempunyai harga promosi RM6/satu:

  1. Bang Bang Milk Tea
  2. Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
  3. Signature Coco
  4. Hazelnut Milk Tea
  5. Sparkling Mango Tea or Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
  6. Signature Coffee

Cara Dapatkan Promosi – Boleh Tebus 5 kali!

  1. Muat turun aplikasi Tealive sekiranya anda belum mempunyai akaun. Daftar dan log masuk. 
  2. Pilih minuman kegemaran anda. Pastikan anda pilih 6 jenis pilihan minuman yang ditawarkan sahaja.
  3. Pelanggan perlu memasukkan kod promosi “PRN6” semasa membuat pembayaran untuk menikmati harga diskaun RM6 untuk 6 minuman terpilih. 
  4. Kod ini boleh digunakan sebanyak 5 kali. Ini bermaksud anda boleh tebus 5 kali pilihan minuman  kegemaran anda menggunakan kod ini. 

NOTA: Satu kali penebusan hanya untuk satu pilihan minuman sahaja.

Kesimpulan

Tunggu apa lagi, mari sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Jangan lupa turun mengundi untuk negeri yang terlibat juga tau!

Sila rujuk maklumat lanjut di laman web rasmi Tealive melalui pautan berikut: https://www.tealive.com.my/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU