Connect with us

SEMASA

JKM | Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia (Warga Emas)

Published

on

JKM Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia (Warga Emas)

JKM | Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia (Warga Emas)

Tahukah anda, anda boleh dapatkan bantuan berbentuk elaun khas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dibawah program prihatin masyarakat Malaysia. Mereka akan menjalankan dan memberi sumbangan sesuai perangkaan dan bancian masyarakat setempat mengikut taraf hidup dan tanggungan keluarga. 

JKM

Bantuan sebanyak RM500 yang berbentuk elaun akan diberikan kepada sesiapa yang layak (tertakluk pada kerelevanan sumbangan bantuan kepada individu sahaja).

Melalui peruntukan kerajaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyumbangkan bantuan kepada mereka dari pelbagai golongan antaranya golongan tua atau warga emas, muda, berkahwin, ibu tunggal dan lain-lain dengan mengikut kriteria yang ditetapkan untuk menerima bantuan dari kerajaan Malaysia secara elaun bulanan.

Baca Juga: HLP KPM 2022 (Hadiah Latihan Persekutuan) | SEMAKAN PERMOHONAN


Bantuan RM500 JKM (Khusus Untuk Warga Emas)

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan berbentuk elaun bulanan sebanyak RM500 khusus kepada warga emas. Ia juga dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini akan diberi secara bulanan kepada golongan warga emas. 

Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti kita yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat.


Syarat Kelayakan

Sumbangan bantuan elaun sebanyak RM500 sebulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah tertakluk kepada kriteria KELAYAKAN KHUSUS seperti yang disenaraikan dibawah:-

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal  di:
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • ATAU  Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bantuan elaun Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan diperiksa dahulu untuk penilaian bagi memastikan sah kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bertujuan dan berkenan dengan prinsip penyampaian bantuan yang mengikut kepada kelayakan dan bukan hak.

Bac Juga: Bantuan Belia RM1200, Terbuka Kepada Belia Berumur 18-30 Tahun 2022


Dokumen Diperlukan

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Sebarang dokumen yang berkaitan

NOTA:

Ada 2 borang yang berkaitan yang patut kita ambil maklum, 2 borang tersebut ialah JKM 18 Borang Permohonan Bantuan dan JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan.

  • Download Borang JKM18 Borang Permohonan Bantuan: KLIK SINI
  • Download Borang JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: KLIK SINI

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan anda. 

NOTA: Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan nilai bantuan adalah RM500 sebulan tertakluk kelayakan yang ditetapkan.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.