Connect with us

SEMASA

TERKINI: BAYARAN TAMBAHAN BKM UNTUK B40 BERMULA 27 JUN 2022

Published

on

27 Jun 2022

Dalam satu Sidang Media Khas siaran secara langsung pada pukul jam 4.00 petang hari ini, 22 Jun 2022, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri telah mengumumkan beberapa perkara termasuklah bantuan tambahan BKM yang akan diberikan kepada rakyat mengikut kategori dan syarat kelayakan yang ditetapkan. 


BANTUAN TAMBAHAN BKM B40

Seramai 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022. Bantuan ini merupakan yang tertinggi setakat ini yang pernah diberikan oleh mana-mana Kerajaan.

Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 billion dan setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

Baca Juga: JKM | Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia (Warga Emas)


TAMBAHAN RM100 Untuk ISI RUMAH, RM50 UNTUK BUJANG

BAYARAN TAMBAHAN BKM UNTUK B40 & BUJANG BERMULA 27 JUN

Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan  insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.


BAYARAN BERMULA 27 JUN 2022

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/

Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.


MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 tahun 2022, anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/ 

Sumber: TWITTER ISMAIL SABRI 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.