SEMASA
“Cacat Fizikal Lebih Baik Dari Cacat Hati”, Video Pemuda OKU Solat Di Masjid Dengan Bersusah-Payah Menyentuh Hati Netizen

“Cacat Fizikal Lebih Baik Dari Cacat Hati”, Video Pemuda OKU Solat Di Masjid Dengan Bersusah-Payah Menyentuh Hati Netizen
Setiap umat Islam berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah adalah mendirikan solat 5 waktu. Solat ibaratnya seperti akaun bank, dan duit di dalamnya adalah amal. Untuk simpan amal yang kita buat perlukan sesuatu untuk menampungnya dan itu adalah dengan solat. Baru-baru ini tular di media sosial memperlihatkan seorang pemuda OKU solat di masjid dalam keadaan yang serba kekurangan.
Pemuda OKU solat dengan serba kurang fizikalnya
Video yang berdurasi selama 51 saat itu memaparkan seorang pemuda yang dilahirkan orang kurang upaya (OKU) sedang menunaikan solat dalam penuh kepayahan ekoran kecatatan di kedua-dua tangannya.
Video yang mendapat 6 juta tontonan, 1 juta like, dan 21.6 ribu komen ini di muat naik oleh seorang pengguna Tik Tok berasal dari Indonesia, yang menggunakan nama akuan sebagai @kumismiss atau Syam Maarif.
Apa yang menyentuh hati, kelihatan pemuda OKU tersebut melakukan pergerakan-pergerakannya dalam solat dengan dalam kepayahan tetapi dia tetap teguh meneruskan solat sehingga selesai. Melihat kepada keadaan luar masjid yang pada ketika itu sudah gelap, mungkin dia sedang solat sama ada fardhu Maghrib, Isyak, atau Subuh.
Kelihatan seorang pemuda lagi yang sempurna fizikalnya juga sedang solat bersendirian di belakang. Video ini seperti memperlihatkan kita pada dua sisi keadaan manusia yang berbeza iaitu yang sihat dan sempurna fizikal dengan yang cacat dan serba kekurangan.
Kedua-duanya datang ke masjid dalam keadaan ingin sujud kepada Allah dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menunaikan solat.
Sujud solat yang lama
Dalam video ini juga, kita boleh perasan ketika pemuda OKU ini sedang sujud, dia mengambil masa yang lama untuk kembali bangkit dari sujudnya. Seperti banyak pengaduan yang ingin diucapkan kepada Allah SWT. Mungkin keluh-kesahnya, kesedihannya, kegembiraannya, atau apa-apa sahaja yang tahu hanyalah dia dan pencipta. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda dalam satu hadis,
Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seorang hamba denga Tuhannya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud),” – (Hadis Riwayat Muslim dan al-Nasaie)
Tidak ada halangan untuk seseorang itu melaksanakan perintah Allah SWT iaitu dengan solat kerana sesungguhnya solat yang membezakan kita dengan agama lain. Solat yang membezakan seseorang beriman atau kufur.
Dari Abu Sufyan dia berkata, saya mendengar Jabir berkata,
“Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat’.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Netizen tersentuh melihat video pemuda OKU
Ruangan komen di video berkenaan masih tidak putus-putus dengan orang ramai yang menulis dan meluahkan apa yang mereka rasa selepas menonton habis video tersebut. Ada yang sedih, ada yang menyampaikan nasihat dan ingatan kepada diri sendiri, dan ada juga yang tersentuh dan terkesan hatinya.
“Nikmat apa yang kau dustakan,” that would be my forever moto whenever I drift far away from him.”
“Kita terlalu malu dengan fizikal, tetapi sampai lupa malu kepada Allah.”
“Solat dia lebih ikhlas dari kita.”
“Dia memang tidak sempurna di dunia, tetapi dia sempurna di akhirat.”
“Bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.”
Solat itu memang berat bagi yang tidak rasa akan kenikmatan berdua-duan dengan Allah SWT. Mengadu segala resah, hiba, dan gelisah di hati. Mungkin kita ada seseorang yang sangat setia menjadi pendengar untuk mendengar segala masalah kita. Tetapi percayalah sebaik-baik manusia, sesabar-sabar manusia, suatu masa mereka pasti lelah juga dengan semua ini kerana ia fitrah sebagai manusia yang serba kekurangan.
Tetapi mengadu kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh, apa yang kita akan peroleh adalah ketenangan, aib atau rahsia yang tidak mungkin akan dibuka, dan akan dipermudakan segala kesulitan yang melanda hidup kita. Sesungguhnya Allah SWT adalah segala-galanya, Al-Rahman (Pemurah) dan Al-Ghafur (Pengampun).
Nabi SAW bersabda lagi agar kita sentiasa mengingati Allah kerana walau sedikit kita mengingati Allah namun Allah mengingati kita berganda-ganda-ganda.
“Apabila dia mengingati Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri Ku. Apabila dia mengingati Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: Tik Tok @kumismiss
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


















