SEMASA
SAVE 3.0 | Bantuan Kewangan RM400/bulan Untuk Rakyat Malaysia 2022
SAVE 3.0 | Bantuan Kewangan RM400/bulan Untuk Rakyat Malaysia 2022
Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah pun melancarkan satu lagi inisiatif bagi membantu kewangan rakyat Malaysia dalam berntuk baucer barangan elektrik.
Inisiatif tersebut menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama saja lagi.
Program Sustainability Achieved Efficiency, SAVE 3.0
Untuk makluman, Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini.
Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 : Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Antara objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
- Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
Syarat Kelayakan
- Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
- Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
- Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
- Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Cara Menebus Baucer SAVE 3.0 (RM400)
- Sila buka aplikasi Shoppee atau Lazada
- Kemudian, daftar untuk Log In (sekiranya belum)
- Seterusnya taip, SAVE 3.0 di kotak carian
- Buat pilihan peralatan elektronik yang anda ingin beli
- Klik “Buy with voucher/Beli dengan baucar”
Tempoh Penebusan
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari:
- Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
- Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
- PG Mall : https://www.pgmall.my/
Manakala, untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut:
NOTA: Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini (sekiranya anda ingin membuat penebusan manual)
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah