SEMASA
eBelia RM150 | Tuntut Baucer Percuma Sebelum 31 July 2022 Ini (18 -20 Tahun)
Sukacita dimaklumkan kepada belia/pelajar, anda boleh menuntut baucer percuma bernilai RM150 melalui program eBelia. Program eBelia ini merupakan program khusus untuk belia yang berumur 18 hingga 20 tahun tahun ini.
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-wallet daripada salah satu e-dompet yang mengambil bahagian. Kredit itu boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2022, manakala tempoh tuntutan kredit adalah bermula dari 1 Jun hingga 22 Julai.
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai di kalangan belia Malaysia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar.
Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan serta agensi kerajaan yang lain dengan peruntukkan bernilai lebih kurang RM300 juta.
BACA JUGA: Cara Semak Kemasukan Bayaran BKM Fasa 2 & Bayaran Tunai Tambahan Julai 2022
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM eBELIA?
- Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
- Berumur 18 hingga 20 tahun pada 2021 (lahir pada 2001 hingga 2003); ATAU
- Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terbabit
- Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkaitan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi e-dompet yang terlibat daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat ialah BigPay , Boost , ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, ikut arahan yang diberikan dalam aplikasi e-dompet masing-masing. Pengendali e-dompet akan mengesahkan identiti pengguna secara elektronik.
- Dalam aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar/Submit”.
- Anda akan dimaklumkan jika tuntutan itu berjaya.
NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) pembekal perkhidmatan e-dompet. Sila rujuk kepada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut tentang penebusan kredit eBelia.
e-WALLET YANG TERLIBAT
Setiap pembekal e-dompet mempunyai kelebihan masing-masing. Sila rujuk jadual dibawah untuk memudahkan anda membuat perbandingan. (kredit:ewhallet.com)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanju tmengenai eBelia RM150 ini, sila layari pautan berikut:-
http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ebelia
Rujuk FAQ disini: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/images/PDFs/eBelia_Generic_Full_FAQs_vf.pdf
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.