Connect with us

SEMASA

HLP KPM 2022 (Hadiah Latihan Persekutuan) | SEMAKAN PERMOHONAN

Published

on

HLP KPM 2022

HLP KPM 2022 (Hadiah Latihan Persekutuan)

Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, anda boleh membuat semakan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) ambilan Sesi 2022 pada akhir Disember 2021.HLP KPM 2022


Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM)

Kerajaan menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2022/2023.

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:

  1. A) Peringkat Sarjana
  2. B) Peringkat Ph.D

Baca Juga: Bantuan Belia RM1200, Terbuka Kepada Belia Berumur 18-30 Tahun 2022


Program Yang Ditawarkan

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)
  • Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Tarikh Semakan Permohonan

Anda boleh menyemak keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 bermula 14 Jun 2022 (Selasa), jam 3.00 petang.


Tarikh Permohonan [TELAH DITUTUP]

Tarikh permohonan HLP KPM 2022 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

Cawangan Penawaran Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok 2251 Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor.

  • (u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
  • No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /03-8321 7154 / 03-8321 7151
  • E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my
  • Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila layari: tm.bbp@moe.gov.my
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.